Peranan Sir Alex Ferguson berjaya yakinkan CR7 berpindah ke United hanya dalam masa 24 jam

0

3762DFE3-2DDA-4D3F-BBC5-4CB6CE91E40A 44A6B71C-9017-43B5-B6F1-708E6D25CA7E

Kisah perpindahan Cristiano Ronaldo berakhir dengan kejutan selepas pemain itu pada akhirnya memilih untuk kembali ke kelab lamanya, Manchester United.

Hanya dalam waktu kurang dari 24 jam, Cristiano Ronaldo, yang pada awalnya dikatakan akan berpindah ke Manchester City, akhirnya membuat keputusan untuk kembali  ke Manchester United.

Manchester United secara rasmi mengesahkan bahawa mereka telah mencapai perjanjian perpindahan dengan Juventus untuk Cristiano Ronaldo.

“Selamat datang kembali Ronaldo,” tulis United di Twitter rasmi kelab.

Menurut laman web rasmi United kedua-dua pihak sedang menyelesaikan perincian perjanjian peribadi, visa, dan ujian perubatan.Setelah semuanya selesai, pemain Portugal itu secara rasmi akan kembali ke Old Trafford.

Perpindahan Ronaldo benar-benar dramatik.Pada hari Khamis (26/8/2021)Ronaldo boleh dikatakan semakin hampir ke  Manchester City.

Namun, beberapa jam berikutnya keadaan berubah secara drastik. Manchester City menarik diri dari memburu Ronaldo, dan akhirnya United membuat tawaran kepada Juventus sehingga kedua-dua kelab akhirnya bersetuju.

Terdapat beberapa watak penting yang dilaporkan memainkan peranan penting dalam membawa Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United.

Salah satu individu yang meyakinkan Ronaldo untuk kembali ke Old Trafford adalah pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes.Kedua-dua pemain itu cukup rapat dan menjalinkan komunikasi untuk berbincang mengenai perpindahan ini. 

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan Bruno Fernandes telah menghubungi Cristiano Ronaldo ketika Manchester United mempertimbangkan untuk membawa pemain itu kembali ke Old Trafford.

Fernandes menghubungi ketika khabar angin mengenai Ronaldo berpindah ke Manchester City secara rasmi bermula.Sebenarnya, kedua-dua pihak dilaporkan telah mencapai persetujuan peribadi.

Solskjaer mendakwa Fernandes telah mengadakan perbincangan dengan Ronaldo.

“Kami (Solskjaer dan Ronaldo) selalu berkomunikasi dengan baik.Bruno juga bercakap dengannya dan dia tahu bagaimana perasaan kami terhadapnya. Dan jika dia akan berpindah dari Juventus, dia tahu kami ada di sini,” kata Solskjaer, seperti dilaporkan BBC . 

Selain Fernandes,kepulangan Ronaldo ke Old Trafford tidak terlepas dari peranan Sir Alex Ferguson.Bekas Pengurus Manchester United itu dilaporkan telah  menghubungi Ronaldo pada hari Jumaat pagi.

Ferguson dikatakan telah berbincang dengan Ronaldo mengenai peluang untuk kembali ke Old Trafford.

Menurut laporan Manchester Evening News, pihak pengurusan Manchester United menghubungi Sir Alex Ferguson dalam beberapa hari terakhir.

Mereka memberitahu Ferguson mengenai situasi Ronaldo di Juventus.Mereka dikatakan telah meminta saranan dari Ferguson sama ada United harus turun dalam perburuan ini atau tidak.

Ferguson dilaporkan menasihati United untuk membawa Ronaldo dan disebabkan saranan itulah membuatkan pihak pengurusan bertindak dengan cepat dalam usaha menandatangani Ronaldo. 

Dan disebabkan itu Ketika Manchester United melakukan perburuan, Manchester City segera menarik diri kerana mereka tahu Ronaldo  dilaporkan mengutamakan Manchester United.

Bukan hanya Ferguson yang masuk untuk meyakinkan Ronaldo dan mendorongnya untuk memilih kembali ke United daripada bergabung dengan skuad Pep Guardiola.

Seperti yang dilaporkan di ESPN, beberapa bekas rakan sepasukan Ronaldo di Old Trafford mengirim pesanan WhatsApp kepada kapten portugal itu setelah mengetahui perbincangannya dengan City.

Bekas rakan sepasukan Ronaldo menegaskan tindakan seperti itu akan menjadi kesalahan besar dan mendesaknya untuk mempertimbangkan perpindahan ke United.

Mereka mengatakan sejarah dan statusnya di Old Trafford akan rosak secara kekal jika berpindah ke musuh tradisi Manchester City.

- Advertisement -