Peranan dan Kepimpinan Paul Pogba Dalam Skuad Perancis Euro 2020

0 190

Media Perancis memuji prestasi dan peranan Paul Pogba dalam siri perlawanan persahabatan menentang Bulgaria sebelum bermulanya kempen Euro 2020. Mereka menggelarkan Pogba sebagai pemain yang mempunyai kualiti teknikal luar biasa. Kemenangan 3-0 tersebut menunjukkan betapa besarnya kuasa bola sepak Perancis di Eropah selepas berjaya pada kejohanan Piala Dunia 2018.

Jurulatih skuad Perancis, Didier Deschamps telah meletakkan Pogba sebagai ‘attacking midfielder’ di hadapan 2 pemain ‘defensive midfielder’ iaitu N’golo Kante dan Corentin Tolisso. Hal ini menjadikan Pogba lebih bebas untuk menjalankan kerja menyerang di hadapan bersama penyerang skuad Perancis.

Menurut Deschamps, Pogba merupakan pemain penting di dalam padang dan mempunyai sifat kepimpinan yang boleh dijadikan panduan. Beliau mengetahui perkara yang dimahukan Deschamps setiap kali berada dalam kesebelasan utama Perancis.

Kejohanan Euro 2020 adalah tempat untuk Pogba Menyinar

Dalam Pala Dunia 2018, peranan Pogba lebih kepada pemain tengah dan beliau dilihat suka kepada peranan tersebut.

Apabila bermain untuk Manchester United, Pogba diberikan peranan dalam menyerang dari sebelah tepi kerana Bruno Fernandes telah berada di posisi beliau. Peranan ini dilihat berjaya untuk Pogba.

Dalam perlawanan akhir Piala Europa, Pogba diberikan peranan lebih bertahan dan dilihat agak goyah kerana kurang memberikan impak dalam serangan Manchester United.

Masa depan Pogba bersama United dilihat agak samar kerana mempunyai baki semusim lagi bersama United dan belum menandatangani sebarang perjanjian baru.

Euro 2020 ini dikatakan menjadi titik tolak kepada kelab-kelab besar untuk melakukan bidaan mega terhadap Pogba yang akan menunjukkan kebolehan beliau menjana jentera tengah Perancis. Jika ini adalah perancagan Pogba, taktikal Deschamps dilihat berjaya mengembangkan bakat beliau di pentas Eropah.