Hadirnya Pep Guardiola ke kancah Liga Perdana Inggeris membuatkan kelab Manchester City menjadi pasukan yang digeruni dan menguasai Liga Perdana Inggeris
Dengan pemilik yang menyokong segala tindakan Pep ianya lagi mengenangkan beliau untuk mengemudi pasukannya ke tahap lebih tinggi dengan membawa pemain berkelas dunia
Bagi kelab jiran Manchester United, kegemilangan itu sudah dirasai. Tetapi sejak bersaranya Sir Alex, kelab menjadi kurang kompetitif untuk bersaing merebut kejuaraan..
Namun kehadiran Ten Hag membawa perubahan yang baik dalam pasukan United. Walaupun bermula dengan bencana kalah dua perlawanan awal, United mula memberikan respon selepas itu. Menewaskan Liverpool Arsenal Spurs dan seri berdepan Chelsea.
Hanya Pep Guardiola yang berjaya menewaskan United dalam kelompok enam kelab elit pada awal musim ini..
Pep memberikan pujian terhadap Ten Hag yang ketika ini bertindak baik mengubah mentaliti dan permainan anak buahnya.
“Saya mempunyai perasaan bahawa United mula kembali.”
“Akhirnya, United kembali. Saya melihatnya pada Khamis lalu, dan juga dalam perlawanan menentang Chelsea, terutamanya pada separuh masa pertama.
“Saya boleh mengatakan bahawa saya suka apa yang saya lihat hari ini. ada pasukan seperti United berjuang untuk liga teratas.”
“Itulah sebabnya anda perlu berjuang untuk layak ke Liga Juara-Juara dan memenangi kejuaraan Liga Perdana.”