Penyokong Dundee United gembira dengan persembahan Dylan Levitt

0

Dylan Levitt telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Dundee United pada hari Jumaat lepas. 48 selepas itu, dia berada dalam kesebelasan utama pasukan tersebut dalam pertemuan menentang St Johnstone. Ini merupakan perkembangan baik bagi pemain muda ini yang telah bermain dalam perlawanan persahabatan pra-musim untuk United untuk 2 perlawanan pada Julai lepas.

Dylan Levitt membantu pasukan Dundee mengatasi St Johnstone dengan jaringan 1-0 sekaligus membolehkan pasukannya itu berada di tangga ke-6 dalam liga ‘Scottish Premiership’ selepas 3 perlawanan.

Statistik Levitt dalam perlawanan tersebut

Namun rakan sepasukannya Reece Devine tidak berjaya mengikut jejak langkah Levitt yang hanya berada di bangku simpanan pasukan St Johnstone. Levitt telah melakukan 64 sentuhan dan jumlah tersebut adalah terbanyak dikalangan pemain tengah pasukan lawan. Dia telah pamerkan kualiti yang bagus disamping memenangi 3 ‘aerial duels’. Selain itu, Levitt pada perlawanan tersebut juga berjaya melakukan 1 percubaa di samping mencipta 1 peluang kepada rakan sepasukan.

Pada musim lepas Levitt telah dipinjamkan ke Charlton Athletic. Namun sewaktu itu, dia gagal memanfaatkan peluang mempamerkan potensi yang dia ada disebabkan kualiti pemain senior yang sedia ada dalam pasukan.

Di antara komen-komen penyokong pasukan Dundee mengenai persembahan Levitt

Penyokong Dundee United amat berpuas hari dengan persembahan yang dipamerkan oleh Levitt. Komen-komen positif ini dapat memberi semangat kepada pemain muda ini untuk meneruskan prestasi semasa bersama pasukan tersebut.

- Advertisement -