Penjelasan Eric Bailly

Pemain pertahanan Manchester United, Eric Bailly telah memaklumkan kekeliruan mengenai kecederaan hamstring dalam Instagram miliknya.

Pemai pertahanan Man Utd itu telah bekerjasama dengan Harry Maguire dalam aksi menentang Tottenham sebelum memulakan tugas antarabangsa dengan Ivory Coast.

Eric Bailly, telah meredakan kerisauan penyokong dengan mengesahkan bahawa dia hanya mengalami kekejangan otot ketika beraksi untuk Ivory Coast.

Bailly telah digantikan oleh Odilon Kossounou pada minit ke-70 perlawanan ketika seri 1- 1 menentang Belgium pada hari Khamis yang lalu. Beberapa wartawan bola sepak melaporkan bahawa Bailly dikeluarkan kerana mengalami kecederaan hamstring.

Pemain yang berusia 26 tahun itu telah mengalami banyak masalah kecergasan dalam kariernya dan dia nampaknya kembali bergelut. United memilih untuk tidak menandatangani pertahanan tengah pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, walaupun mereka mengalami masalah pertahanan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Tetapi Bailly telahpun mendedahkan di dalam Instagram miliknya bahawa dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia seharusnya akan bersaing untuk bermain bersama United dalam perlawanan liga yang seterusnya di Newcastle pada 17 Oktober ini.

Dia berkata: ” Terima kasih kerana bimbang tentang keadaan saya, tetapi saya baik – baik sahaja. Hanya keletihan. Selamat malam kepada anda semua dan semoga Tuhan melindungi kita semua. Tahniah kepada pasukan saya untuk perlawanan menentang pasukan no 1 dunia itu”.

Penalti lewat oleh Franck Kessie telah menyelamatkan Ivory Coast untuk memperoleh keputusan seri 1 – 1 ketika aksi menentang finalis separuh akhir Piala Dunia 2018, Belgium yang telah mendahului di babak kedua hasil jaringan daripada Michy Batshuayi. Bailly telah dibarisi bersama bintang Liga Perdana Inggeris iaitu Wilfried Zaha, Serge Aurier dan Nicolas pepe.

Bailly akan kembali ke Old Trafford pada minggu hadapan dengan tujuan untuk bersaing dengan Victor Lindelof. Hal ini kerana dia mahu mengekalkan kedudukanya selaku pertahanan tengah utama bersama Harry Maguire. Pilihan lain daripada United ialah dua orang pemain darpada akademi iaitu Axel Tuanzebe dan Tenden Mengi. Sementara itu, Phil Jones dan Marcos Rojo telah disingkirkan dan tidak terpilih untuk kempen Liga Juara-Juara yang akan datang.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Perdana Inggeris

Keputusan Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah
PSG lawan Manchester United

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd