Buletin Manchester United

Pengurusan-United-sedia-mengeluarkan-dana-untuk-Solskjaer-pada-musim-hadapan

Pengurusan United sedia mengeluarkan dana untuk Solskjaer pada musim hadapan

Perkhabaran baik kepada pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. Pihak pengurusan United bersedia mencari dana untuk perbelanjaan perpindahan pemain pada akhir musim ini. Walaupun dunia kini terpalit dengan ancaman pendemik covid 19, pihak pengurusan masih lagi mampu berusaha membantu Solskjaer mendapatkan pemain yang sepatutnya bagi tujuan memperkuatkan pasukan sedia ada United.

Kekakangan kewangan dimusim covid 19 ini tidak dapat dinafikan disebabkan peminat setia kelab tidak dibenarkan untuk menontong perlawanan bola sepak di stadium. Perkara ini sekaligus mempengaruhi kebanyakan pasukan. Pasukan-pasukan gergasi eropah juga tidak terkecuali dengan isu ini. Kebanyakan pasukan mengalami kesulitan untuk membawa masuk pemain idaman mereka kerana kesulitan dalam perbelanjaan pasukan mereka.

Hal ini dapat dibuktikan lagi jika kita dapat lihat perpindahan pada Januari lepas, tidak banyak pasukan yang sedia berbelanja besar untuk mendapatkan pemain pilihan mereka. Akan tetapi bagi United, pihak pengurusan bersedia mengatasi masalah kewanangan ini. United pada musim ini dikhabarkan telah berbelanja secara berhemah dan berhati-hati untuk memastikan kewangan pihak pengurusan berada dalam keadaan stabil. Walau bagaimanapun, berapa banyak dana yang akan diberikan pihak pengurusan kepada United masih belum diketahui buat ketika ini.

United pada akhir musim ini pasti ingin mencari pemain dibahagian pertahanan.Posisi ini amat diperlukan terutama pertahanan tengah. United sejak kebelakangan ini sering melepaskan gol-gol yang mudah bagi pihak lawan. United telah menyenarai pendek beberapa nama yang disebut-sebut menjadi pilihan Solskjaer bagi memantapkan pasukan United bagi musim hadapan. Nama seperti Rafael Varane, jules Kounde, David Carmo, Tyrone Ming antara yang disebut-sebut.

Namun yang menariknya, ada kemungkinan Jadon Sancho dan rakan sepasukannya Haaland juga disebut-sebut akan menjadi pilihan Solsjaer untuk memantapkan bahagian serangan.