Pengurus Salford gembira dengan kehadiran D’Mani Mellor

0

D’Mani Mellor merupakan pemain terkini akademik United yang telah berhijrah secara pinjaman. Pemain penyerang muda ini telah menyertai Salford City untuk tempoh 1 musim. D’Mani Mellor yang berusia 20 tahun di antara pemain muda yang mempunyai prospek yang cerah pada sebelum ini telah mengalami kecederaan ACL pada Mac 2020.

Dia kini telah kembali daripada kecederaan tersebut. D’Mani Mellor juga telah berpeluang untuk berlatih bersama dengan pemain senior United pada awal musim ini. Pengurus Salford Gary Bowyer gembira dengan kehadiran pemain muda ini untuk pasukan mereka

D’Mani Mellor semasa sesi pemanas badan. Dia berada di senarai pemain gantian

‘Yang pertama, kami berterima kasih kepada pasukan United kerana memberi peluang kepada kami untuk memperkuatkan pasukan. Keakraban hubungan kedua-dua pasukan ini juga telah berjaya memberikan kejayaan pada tempoh pinjaman Di’Shon Bernard pada musim lepas. Kami gembira dengan kehadiran D’Mani Mellor yang sekaligus memberikan saya pilihan yang bagus di bahagian serangan pasukan kami.’

Salford City mengumumkan kehadiran Mellor secara pinjaman pada musim ini

‘Dia merupakan seorang pemain yang mempunyai masa depan yang bagus. Dia juga sangat berkerja keras ketika sesi latihan yang kami dapat maklumat dari wakil United sendiri. Kami gembira dia hadir dan menyertai kami pada musim ini.’

D’Mani Mellor juga tidak ketinggalan menyampaikan mesej kepada kelab barunya dan peminat mengenai kehadirannya secara rasmi ke kelab tersebut.

- Advertisement -