Pengurus Norwich Gembira Kehadiran Williams Secara Pinjaman

0

Pemain muda Manchester United, Brandon Williams telah menyertai Norwich City secara pinjam selama satu musim. Dia telah diturunkan dalam perlawanan Piala EFL menentang Bournemouth baru-baru ini. Norwich telah mencatatkan kemenangan bergaya 6-0.

Bradon berada dalam kesebelasan utama pasukan untuk penampilan pertamanya.

Pengurus Norwich City, Daniel Farke begitu teruja dengan kehadiran Williams dalam skuadnya. Menurutnya lagi,”Kami begitu gembira apabila kelab membawa masuk Brandon. Ini adalah perjanjian yang baik, terima kasih kepada Manchester United meminjamkan pemain muda ini.”

“Brandon merupakan pemain muda yang sedang meningkat naik. Dia telah membuktikannya sebelum ini dengan persembahan yang baik di peringkat tertinggi. Dia juga mempunyai bakat dan kebolehan tertentu,” ujar Farke lagi.

Ulasan pengurus pasukan Norwich mengenai Brandon.

Farke menyatakan lagi Yang Normich memang mencari seorang pemain pertahanan kiri dan kanan. Dia mengetahui yang Brandon merupakan pemain yang serba boleh bermain di posisi pertahanan kiri atau kanan. Norwich hanya mempunyai seorang sahaja pemain pertahanan kiri iaitu Dimitris Giannoulis. Kehadiran Williams adalah tepat pada waktunya untuk mengisi kekosongan yang ada.

Ketika ini United telah mempunyai pertahanan kiri dan kanan yang mencukupi untuk 1 musim. Dengan jangkaan Kieran Trippier sebagai pemain baru yang akan bersaing di pertahanan kanan United, situasi ini akan menenggelamkan bakat Williams.

Kini Williams mempunyai peluang untuk menyinar dalam Liga Perdana Inggeris dan bertekad menaikkan dirinya menjadi pemain penting dalam kesebelasan utama Norwich City.

Pada musim 2019/2020, Williams telah mengalami kecederaan pada kakinya dan berehat dengan agak panjang. Ini merupakan peluangnya untuk kembali menyerlahkan bakatnya. Norwich City merupakan sebuah kelab Yang banyak melahirkan bakat muda dan memberikan peluang kepada mereka untuk bermain dengan baik.

Penghijrahan selama semusim ini begitu penting untuk Williams yang hanya pernah bermain hanya untuk Manchester United sebelum ini. Tempoh pembelanjaran ini amat penting untuknya berkembang menjadi pemain yang setanding dengan Luke Shaw dan lain-lain lagi.

- Advertisement -