Pengorbanan Rashford sanggup tahan sakit demi membantu England

0

Manchester United dijangka akan kehilangan khidmat Marcus Rashford pada awal musim depan.Kebimbangan ini timbul setelah penyerang Manchester United itu menyatakan bahawa dia akan melakukan pembedahan pada kecederaan yang ia alami selepas Euro 2020 berakhir.

Rashford sendiri kini sedang menyertai Euro 2020 bersama pasukan kebangsaan England.Untuk kepentingan England, Rashford mengatakan dirinya sanggup berkorban demi negaranya sehingga membuatkan dirinya menangguhkan pembedahannya sehingga Euro 2020 selesai.

Pemain berusia 23 tahun itu menunjukkan sikap patriotiknya dengan tetap memilih untuk memasuki skuad England walaupun sebenarnya ia mengalami kecederaan kaki dan bahu.Dipercayai, pemain ini akan menjalani pembedahan pada kakinya, setelah berakhirnya Euro 2020. 

Oleh itu, sudah pasti, jika England dapat mara ke perlawanan terakhir, maka pembedahan yang dilakukan Rashford akan dilakukan ketika Liga Perdana inggeris bermula dan itu sudah tentu membuatkan Manchester United tidak dapat menurunkannya sejak awal musim.

Rashford sendiri mengakui bahawa menjalani pembedahan mungkin merupakan jalan terbaik untuk kariernya ke hadapan.

Meskipun sejak akhir-akhir ini ia menghadapi banyak kritikan atas persembahannya namun hakikatnya yang perlu kita tahu,Ini disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya.

Penyerang itu, yang bermain 59 perlawanan untuk Manchester United musim lalu, menghadapi masalah dengan bahu dan kakinya.Usaha telah dilakukan untuk membuatnya pulih, tetapi diakui bahawa ia belum pulih sepenuhnya.

Namun, dia tidak dapat menolak ketika Gareth Southgate memanggilnya untuk menyertai dengan pasukan England untuk  Euro 2020 kerana Rashford mengatakan dia sentiasa bersedia dan tidak ada masalah.

“Saya baik-baik saja,saya sentiasa mahu ambil bahagian perlawanan demi perlawanan.Ini agak tidak konsisten dengan kecederaan kaki yang belum pulih. Tetapi pada akhirnya saya hanya perlu menghadapinya dengan cara yang terbaik, dengan cara yang paling selesa. “

- Advertisement -