Buletin Manchester United

FB_IMG_1613743544192

Penganti Bruno

Sporting Lisbon dan Manchester United sepertinya mempunyai satu kerjasama yang sangat utuh diatas asbab transaksi jual beli pemain.

Bermula dengan kehadiran Cristiano Ronaldo, Luis Nani dan terbaru Bruno Fernandes. Kini desas desus bertebaran mengaitkan United dengan seorang lagi bakat yang berkembang pesat di Lisbon.

Pemain yang dimaksudkan ialah Pedro Goncalves yang berusia 22 tahun. Beliau melakar 14 jaringan dalam 17 penampilan di Primeira Liga bersama Sporting Lisbon.

Pedro dominan sebagai pemain sayap kanan namun turut mampu beraksi di posisi No.10 atau No.8 untuk merencanakan gerakan.

Sebelum menandatangani kontrak di Lisbon, beliau telah mencuba nasib di Valencia [bawah 19], Wolves [bawah 23] dan kembali ke Portugal bersama Famalicāo dan seterusnya menarik minat gergasi Portugis untuk mengikatnya dengan kontrak lima tahun bermula awal musim tempohari.

Produk akademi dari Braga ini mempunyai klausa pelepasan bernilai £52 juta seperti yang ditetapkan pasukan semasanya.

Selain United, seteru utama iaitu Liverpool turut dilaporkan berminat membawanya ke Anfield untuk memperkasakan pasukan mereka.

Pote nama gelarannya digambarkan sebagai permata baru untuk skuad masa depan Portugal. Pemerhati bolasepak turut menilaikan Pote antara prospek menarik dikalangan pemain muda meningkat naik di Eropah.

Adakah ejen Bruno akan berjaya menarik minat Pedro ‘Pote’ Goncalves ke Old Trafford?