Pengadil perlu lebih konsisten dalam membuat keputusan

0

Manchester United sekadar berpuas hati mengutip 1 mata pada perlawanan malam tadi menentang West Brom yang berkesudahan 1-1 di Stadium The Hawthorns. United pada mulanya dikejutkan dengan gol awal pasukan pelawat hasil jaringan Mbaye Diagne. Namun selepas pada itu, United melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu pasukan lawan dan berjaya memperolehi gol penyaman sebelum separuh masa pertama menerusi Bruno Fernandes.

Solskjaer kecewa dengan tindakan keputusan pengadil pada perlawanan malam tadi. Solskjaer juga mempersoalkan penggunaan VAR yang tidak konsisten pada perlawanan tersebut. Keluhan Solskjaer itu ditujukan kepada situasi gol pertama West Brom. Pegelutan yang berlaku di antara Diagne dan Lindelof seharusnya dikira kekasaran. Solskjaer kemudian mengukit kisah jaringan yang dibatalkan ketika perlawanan United menentang Burnley di mana Maguire berjaya menjaringkan gol. Gol maguire itu dibatalkan kerana berlaku kekasaran.

‘Ketika situasi Maguire, gol tersebut dibatalkan kerana berlaku kekasaran. Tetapi pada situasi Lindelof, penyerang lawan telah melakukan kekasaran ke atas Lindelof. Kami menuntut keputusan yang sama. Pengadil perlu lebih konsisten dalam membuat keputusan.’

United juga berpeluang mendapat sepakan penalti pada minit ke 61, di mana Maguire dijatuhkan di dalam kotak penalti. Pengadil pada mulanya memberikan sepakan penalti kemudiannya selepas membuat semakan melalui VAR, Maguire berkedudukan offside. ‘VAR untuk penalti? Ia merupakan pelanggaran yang jelas kita lihat. Tetapi Maguire berada dikedudukan offside. Kami menerima keputusan itu sambil mengharapkan penolong pengadil seharusnya pejam mata melihat situasi tersebut. (sambil ketawa)’ Jelas Solskjaer.

- Advertisement -