Rafael van der Vaart telah memberitahu Donny van de beek,’Dia sebenarnya terperangkap dengan keinginan dirinya untuk menyertai United.’
Bekas pemain Spurs itu telah memberitahu ESPN,’Kelab seperti United adalah sebuah kelab yang terlalu bagus untuk dia bermain dalam kesebelasan utama.’
‘Jika tiada pemain tengah yang meninggalkan United pada musim ini, dia pasti perlu berharap mendapat peluang bermain dalam kesebelasan utama untuk musim hadapan seperti yang terjadi pada musim ini.’
‘Dia sepatutnya tidak layak duduk di bangku simpanan untuk 2 musim ini. Dia perlukan minit permainan yang seharus bagi dirinya.’
‘Walaupun dia masih muda, tetapi masa kini bergerak edengan pantas. Dia sepatutnya menyertai pasukan seperti Borussia Dortmund kerana corak permainan mereka lebih sesuai dan serasi dengannya.’
‘Donny merupakan seorang pemain yang sangat bagus menyesuaikan dengan taktikal ketika di Ajax tetapi dia tidak sesuai dengan taktikal yang diterapkan oleh United pada ketika ini.