Penampilan terakhir Varane di Old Trafford adalah sesuatu yang mengerikan bagi United

0

Raphael Varane akan berhijrah ke Manchester United selepas segala perbincangan berjalan dengan baik.

Varane akan menjadikan Old Trafford tempat rasmi rumahnya selepas kali terakhir dia datang adalahpada tahun 2013.

Malam tersebut merupakan malam yang sangat pedih bagi United. Sir Alex Ferguson dan peminat-peminat United sangat marah dengan keputusan pengadil perlawanan yang melibatkan Man United dengan Real Madrid. Pengadil telah melayangkan kad merah kepada Nani disebabkan cuma mengawal bola dengan kaki yang tinggi.

Sehingga hari ini, itu merupakan keputusan pengadil yang paling teruk di terima oleh United dalam kejohanan besar seperti Piala Juara-Juara Eropah.

Kad merah tersebut merupakan duka bagi musim terakhir Sir Alex Ferguson dalam perjalanan Piala Juara-Juara Eropah sebelum bersara.

Varane merupakan sebahagian daripada pasukan Real Madrid pada ketika itu untuk kedua-dua peringkat perlawanan.

Varane telah berjaya mengawal ketat penyerang berbisa United pada waktu itu, Robin Van Persie yang menjadi nadi utama kejayaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim 2013.

Kedua-dua pasukan tersebut telah mencatatkan keputusan seri 1-1 di Sepanyol namun United tewas di Old Trafford dengan jaringan 1-2.

Nami telah dilayangkan kad merah pada minit ke 56 dimana United sedang mendahului pada 1-0 sebelum Real Madrid menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-1.

Ia merupakan kenangan yang hebat untuk melihat gambar-gambar ketika perlawanan sebelum pemain-pemain United ini berpecah membawa haluan masing-masing. Pada waktu ini, Varane telah bermain pada tahap terbaik dalam kariernya.

Dengan prestasi United amat dipengaruhi dengan keputusan kalah di laman sendiri pada musim lepas, dengan kehadiran Varane diharapkan dapat mengembalikan kenangan kejayaan United yang lepas.

- Advertisement -