Berita Terkini

Penampilan pertama Lisandro Martinez amat baik untuk United

Penampilan Pertama Lisandro Martinez Amat Baik Untuk United

Lisandro Martinez bermain dengan baik miskipun Unites tewas 1-2 pada perlawanan pembukaan tersebut. Erik ten Hag selesa dengan aksi yang dipersembahkan oleh Lisandro Martinez.

Walaupun pasukan United diasak begitu keras oleh Brighton, Martinez berjaya menamatkan permainan tanpa sebarang kecederaan. Walaupun ada sedikit kontroversi ketika dia manjatuhkan Danny Welbeck dalam kotak penalti namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada pasukan pelawat.

Selain perkara tersebut, Martinez mempunyai permainan yang baik, dan merupakan salah satu daripada beberapa sebab untuk Manchester United menjadi positif ketika bertahan.

Pemain kebangsaan Argentina itu bergandingan dengan Harry Maguire di bahagian pertahanan tengah, dengan pengurus Erik ten Hag telah meletakkan Raphael Varane di bangku simpanan manakala Victor Lindelof tidak kelihatan dalam senarai pemain dalam perlawanan tersebut.

Pemain bernilai £ 46 juta dari Ajax itu telah melengkapkan 70 hantaran – lebih daripada mana-mana pemain di atas padang. Dia juga melengkapkan 93 peratus hantarannya, peratusan tertinggi daripada mana-mana pemain di Old Trafford.

Dia mempunyai 99 sentuhan secara keseluruhan, dan bermain 7/9 hantaran bola jauh yang tepat, dicampurkan dengan hantaran yang pendek dengan permainan yang efektif.

Ketika bertahan, dia tidak mengecewakan apabila membuat 15 pemulihan bola, menyekat dua percubaan, melakukan dua pemintasan, dan 2 tandukan ‘clearance’ bola dari kawasan bahaya.

Dia hampir menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua apabila dia berada dalam kedudukan yang baik dari set piece, namun Lewis Dunk berjaya menyekat percubaan itu. Dia mungkin menjaringkan gol pertama untuk United.

FotMob menilai Martinez sebagai pemain terbaik United dengan rating sebanyak 7.3.

Statistik yang di pamerkan Martinez pada perlawanan pertama ini berkemungkinan membolehkannya bermain di posisi CDM United untuk perlawanan akan datang. Ketenangan dan vision yang dia miliki ketika melakukan hantaran amat diperlukan oleh United terutama ketika melakukan ‘build-up’ daripada sepakan ‘goal kick’.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14
... See MoreSee Less

8 hours ago

10 CommentsComment on Facebook

bruno atau mainoo gotm bulan april 💯

Player terbaik bulan ini

Jadi la... kehkehkeh... Burnley ada ke?

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

22 hours ago

24 CommentsComment on Facebook

Somehow sekarang ni bila dia ada,rasa lega sikit dengan pertahanan.

Tak pernah terduga aku lega bila Maggy available this weekend. Dulu tak cukup tanah aku merempan tgk nama dlm starting xi. Sorry Mag byk kecam bro dulu...manusia mana kan tak buat kesilapan 🤣 Tapi kalau buat kelakar kat Wembley, awas ya!!

Pls jangan cedera lord. Kau la harapan terakhir kami😭

Load More