Penampilan pertama bersama United yang menjadi ingatan kita. Adakah CR7 boleh tersenarai?

0

Siapakah pemain yang menjadi pilihan anda bagi penampilan pertama yang penuh bergaya ketika bersama United? CR7 telah melakukan penampilan ke-2 yang cukup cemerlang dan itu pasti akan menjadi kenangan terindah dalam kariernya bersama United pada usia ini. Peminat United sering kali dipersembahkan dengan penampilan pertama para pemain yang cukup gemilang ketika bersama United. Bagaimana pendapat anda mengenai penampilan CR7 baru-baru ini? Kami akan kongsikan dengan anda 5 penampilan pilihan kami bagi 20 tahun yang lepas.

Zlatan Ibrahimovic pada 2016 ketika menentang Leicester

Tidak ramai pemain yang berjaya membuat penampilan bergaya seperti pemain ini. Apa yang istimewanya, baru menyertai United, dia telah menjaringkan gol kemenangan sekaligus menjulang trofi bersama United. Pasti anda kenal Zlatan Ibrahimovic. Pada musim 2016, Zlatan telah menyertai United dan perlawanan pertamanya adalah perlawanan Piala Sumbangsih menentang Leicester. Dia telah menjaringkan gol kemenangan United untuk United menang dengan jaringan 2-1 menerusi tandukan selepas menewaskan dengan mudah Wes Morgan hasil hantaran lintang Antonio Valencia. Dia telah menjaringkan 29 gol semasa bersama United namun kebersamaan Zlatan dengan United tidak kekal lama kerana isu kecederaan.

Marcus Rashford pada 2016 ketika menentang Midjtylland

Ada segelintir peminat mendapat tahu yang Marcus Rashford akan berada dalam kesebelasan utama United sebagai pengganti kecemasan semasa perlawanan wajib menang United dalam saingan Piala Europa pada ketika itu. Rashford telah menjaringkan 2 gol penting selepas United menewaskan Midjtylland dengan 5-1. Pemain muda ini telah di panggil untuk menggantikan Anthony Martial yang mengalami kecederaan semasa sesi pemanas padang sebelum perlawanan. Pada akhir musim itu, Rashford telah dipanggil menyertai pasukan England. Rashford telah menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di kejohanan Piala Europa dan 2 gol jaringannya ketika menentang Arsenal ketika penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris.

Anthony Martial pada 2015 ketika menentang Liverpool

Ia merupakan malam yang penuh beremosi dan akan menjadi kenangan abadi bagi peminat United selepas berakhirnya zaman Sir Alex Ferguson. Martial telah dibawa masuk sebagai pemain gantian yang membolehkan United mengutip 3 mata berharga ketika menentang Liverpool. Martial telah menjaringkan gol ala-ala Thierry Henry lagenda pemain Arsenal. Dia berjaya berlari ke arah pemain pertahanan Liverpool melepasi Martin Skrtel. Selepas gol tersebut di dilihat mempunyai potensi yang baik untuk menjadi pemain bintang United pada masa depan.

Federico Macheda pada 2009 ketika menentang Aston Villa

Ia merupakan perlawanan yang pasti akan diingati bagi pemain muda ini. Macheda sebenarnya layak mendapat peluang untuk terus bermain dalam kesebelasan utama United. Sir Alex Ferguson dengan beraninya membawa masuk Macheda sebagai pemain gantian ketika mana United sedang memerlukan kemenangan untuk berada di landasan yang tepat bagi merangkul kejuaraan. Walaupun Macheda gagal menjadi pemain bintang seperti yang pemian-pemain muda mahukan, nama Macheda masih lagi akan diingati dalam sejarah bola sepak United. Gol ‘turn’ yang dilakukan oleh Macheda ketika menentang Aston Villa telah membuatkan pemiant di Old Trafford menjadi liar.

Wayne Rooney pada 2004 ketika menentang Fenerbache

Ini merupakan senarai yang pertama bagi penampilan pertama yang cukup bergaya dalam 20 tahun sejarah United. Wayne Rooney telah membuat penampilan pertamanya bersama United pada perlawanan Piala Juara-Juara Eropah selepas melengkapkan perpindahan penuh dramatik pada ketika itu dari Everton. Rooney telah melakukan hartik pada penampilan tersebut di mana United menang besar 6-2 pada malam tersebut. Rooney juga telah dipanggil menyertai pasukan England pada Euro 2004 dan telah pamerkan aksi yang sangat baik. Rooney pada penampilan pertamanya itu, dia telah menjaringkan 2 gol menerusi permainan ‘open play’ manakal 1 lagi jaringan menerusi sepakan percuma. Itu adalah penampilan terbaik dalam sejarah United. Dia telah menjadi pemain bintang dan juga lagenda United.

- Advertisement -