Penampilan bergaya Anthony Elanga

Elanga berjaya melakukan debut bergaya selepas mencipta gol pertama peribadinya bersama pasukan Sweden.

0

Selepas menjaringkan gol untuk pasukan senior United baru-baru ini, Anthony Elanga berjaya membuat penampilan bersama pasukan bawah 21 tahun Sweden.

Pemain berusia 19 tahun itu telah melakukan jaringan yang sangat menarik yang pasti menjadi kenangan terindah dalam keriernya bersama pasukan bawah 21 tahun Sweden.

Jaringan yang dijaringkan oleh Elanga merupakan gol kedua bagi pasukan Sweden yang menjadikan kedudukan 2-0 ketika menentang Finland. Elanga yang pada sebelum ini hampir melakukan debut pada awal Januari 2021 akan tetapi kecederaan yang menimpanya menyebabkan dia direhatkan hampir beberapa minggu.

Namun, kini dia sudah kembali cergas dan telah berjaya mendapat tempat bersama dengan pasukan senior United. Dia telah menunjukkan sesuatu yang positif pada perlawanan terakhir United pada musim ini.

Dia menjaringkan gol pertama seniornya selepas menanduk masuk hantara James ketika menentang Wolves. Pasukan bawah 21 tahun Sweden akan bertemu dengan Luxembourg pada minggu hadapan. Ia akan menjadi peluang bagi Elanga untuk menambah koleksi jaringan peribadinya.

Elanga telah menjaringkan 11 gol besama pasukan bawah 23 tahun United walaupun dia terlibat dengan kecederaan pada Januari lepas. Ia pasti menjadi pengalaman yang berharga pada kariernya dalam usaha untuk mendapat tempat pada pasuakn utama Sweden untuk beberapa tahun akan datang.

Dalam pada itu, United akan menerima beberapa tawaran pinjaman bagi Elanga pada musim hadapan. Pihak pengurusan dalam perbicangan mengenai perkara tersebut.

Keputusan tersebut akan menentukan masa depan Elanga pada musim hadapan sama ada di akan berada dalam senarai pemain pilihan Solskjaer atau memberi peluang kepadanya untuk menimba pengalaman di kelab luar.

Jika dia berada dalam pasukan Solskjaer pada musim hadapan, ada kemungkinan Rashford akan direhatkan pada permulaan musim hadapan.

- Advertisement -