Penampilan awal yang suram bagi Messi jika dibandingkan CR7

0

Hampir sedekad kita disajikan dengan perbandingan Cristiano Ronaldo dan juga Lionel Messi. Kedua-dua pemain ini tidak dinafikan merupakan pemain terbaik sepanjang zaman. Perpindahan Messi ke PSG merupakan perpindahan terbaik pada musim ini sehingga CR7 melengkapkan kepulangan semula ke Manchester United. Namun kedua-dua pemain terbaik di dunia ini telah memulakan kempen yang berbeza pada awal musim ini.

CR7. Apabila seorang pemain berusia 36 tahun kembali ke kelab lama, pelbagai reaksi yang diberikan kepada CR7 sama ada dia mampu memberikan impak yang sama ketika waktu usia mudanya. Namun kepulangan CR7 ke Old Trafford merupakan sesuatu yang luar biasa, kerana dia berjaya menjaringkan 4 gol dalam 3 perlawanan ketika ini. CR7 telah menjaringkan 36 gol dengan 44 penampilan bersama Juventus pada usia 34 – 34 tahun. Oleh yang demikian, keraguan yang ditunjukkan oleh sebahagian peminat seharusnya tidak tepat kerana CR7 masih mempunyai kudrat untuk menjaringkan gol pada usia ini dalam kancah Liga Perdana Inggeris sangat berdaya saing.

Sir Alex Ferguson mengenai CR7 dan Messi

Statistik semasa CR7 pada 3 penampilan, dengan 4 gol, 15 percubaan dan 8 daripada tepat ke arah gawang gol. CR7 merupakan pemain yang berbeza jika di bandingkan ketika dia bersama United sebelum 2009. Dia kini bermain di posisi penyerang utama sejak 12 tahun yang lepas. Aksi menentang Chelsea, Liverpool dan Man City pada bulan hadapan pasti akan menjadi kayu pengukur kepada tahap keupayaan sebenar CR7. Perlawanan ini akan menentukan siapakan pencabar sebenar bagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

CR7 telah memberikan contoh yang terbaik ketika di dalam padang dan di luar padang. Kehadirannya memberikan seribu kebaikan kepada pasukan muda United pada musim ini. Dia telah berjaya memberikan impak yang positif kepada pasukan pada usia 36 tahun serta berjaya mempamerkan prestasi yang baik.

Messi. Kehadiran Messi ke PSG nampak gayanya masih dipersoalkan pada ketika ini. Messi tidak mahu berpindah dari Barcelona, namun disebabkan Barcelona mempunyai masalah kewangan, Messi terpaksa berhijrah ke PSG. Messi hadir ke PSG dengan harapan gabungan Messi, Kylian Mbappe dan Neymar bakal menjadi pasukan impian dalam liga Ligue 1 itu. Mereka juga dijangka akan mendominasi kejohanan eropah pada musim ini.

Namun permulaan yang suram bagi Messi pada musim ini. Messi telah melakukan 3 penampilan, tiada gol dan ‘assist’ serta 7 percubaan dengan 3 percubaan tersebut tepat ke arah gawang gol. Kehadiran Messi ke Ligue 1 seharusnya menjadi lubuk jaringan gol bagi kariernya jika dibandingkan dengan Liga Perdana Inggeris, La Liga atau Serie A. Namun masih terlalu awal untuk kita perkatakan. CR7 juga bermula dengan suram ketika dia menyertai Juventus. Messi perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan Ligue 1.

Peluang yang gagal disempurnakan Messi

Dia boleh bermain dengan baik namun gol masih belum terhasil. Cuma bagi tanggapan para peminat ketika ini, dengan kualiti yang ada pada Messi seharusnya dia tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan gol dengan dibantu rakan sepasukannya itu.

- Advertisement -