Pemuda Uruguay mencipta lagu untuk Cavani

Cavani kini berada di Uruguay bagi persediaan Copa Amerika yang akan berlangsung di Brazil.

0

Jika anda peminat kepada pemain penyerang veteran United Edinson Cavani anda pasti akan mendengarnya. Anda tidak akan kecewa.

Lagu ini ditulis oleh seorang peminat bola sepak Uruguay Sebastian Gomez Barbosa. Dia merupakan seorang pemain muzik dan pelajar dalam bidang biologi.

Idea untuk menulis dan menyampai lagu untuk Cavani ini muncul selepas dia tidak boleh tidur pada waktu malam.

Barbosa telah memberitahu akhbar Uruguay Ovacion,”Idea ini berlaku secara spontan lawak dan serius. Pada bulan Januari tahun ini, di waktu pagi saya selalu menghadapi masalah tidak boleh tidur pada waktu malam, dan ketika itu ia berlaku. Saya telah menulis lagu tersebut pada hari tersebut sehingga lewat malam.”

Dia telah memanggil sepupunya untuk merakan video muzik bagi lagu tersebut. Dia telah menjalankan pengambaran video klip tersebut di Mural yang dilukis gambar Cavani. Selain itu dia telah menggabungkan gol-gol Cavani ketika mewakili Uruguay di kejohanan Piala Dunia yang lepas.

Sebastian juga telah menghantar 1 salinan lagu tersbut kepada emak Cavani yang berada di Uruguay dan masih menunggu respon daripada mereka.

Cavani kini berada di Uruguay bagi persediaan pasukannya menghadapi cabara Copa Amerika pada bulan ini.

Cavani telah menjaringkan 17 gol untuk United pada penamilan pertamanya musim ini bersama United dan sudah menjadi idola dikalangan peminat-peminat United dengan gol-gol cantik dijaringkan olehnya.

- Advertisement -