Dylan Levitt berhadapan dengan persembahan yang amat mencabar pada ketika dia di masukkan pada separuh masa kedua menentang France baru-baru ini.
Mereka beraksi 10 orang pemain dalam perlawanan tersebut dan tewas 3-0. Daripada perlawanan tersebut, dapat dilihat ia akan memberi semangat yang bagus kepada Levitt untuk persediaan bermain pada perlawanan seterusnya.
Ia merupakan perlawanan persahabatan terakhir sebelum mereka memulakan kempen Piala Eropah dan Levitt telah bermain selama 90 minit.
Wales hanya mampu mencatatkan keputusan seri 0-0 ketika menentang Albania. Mereka tidak menurunkan tonggak utamanya iaitu Gareth Bale yang direhatkan dan James yang demam.
Levitt mengambil kesempatan tesrsebut dengan mempamerkan aksi yang manarik dengan hantaran-hantaran yang bagus.
Pemain berusia 20 tahun ini masih lagi sedang mendapatkan rentak permainan, kecergasan dan keyakinan selepas bermain di 2 kelab berbeza secara pinjaman iaitu di Charlton dan NK Istra dan hnaya mampu membuat 14 penampilan secara keseluruhan.
Pemilihan Levitt dipertikaikan oleh peminat-peminat Wales kerena dia masih muda dan tidak mempamerkan kualiti yang bagus pada sepanjang musim ini.
Tetapi aksinya menentang Albania sudah cukup membuktikan kebolehannya dan dia layak bermain untuk pasukan kebangsaan Wales.
Positives to take from today’s game:
Dylan Levitt – solid game and could be his best in a Welsh shirt.
Kieffer Moore – changed the game.
Matt Smith – improved massively over the past few months.
The Red Wall – back in the stadium🤩
Cymru am Byth🏴#WALALB #togetherStronger pic.twitter.com/ef0TvPRugT
— Welsh Watch Podcast 🎙🏴 (@WelshWatch_Pod) June 5, 2021
Levitt berkemungkinan tidak cukup bagus untuk berada di kesebelasan utama Wales pada Piala Eropah nanti. Tetapi dia pasti akan mendapat peluang kerana dia berada dalam perancangan pasukan dibawah bimbingan Rob Page.
Dia telah memuat naik status di sosial media dengan kegembiraan terlibat dalam 90 minit permainan untuk pasukan Wales.
Dylan Levitt played full 90 minutes v Albania today. A very positive game and the lad showed some good qualities in midfield, quite comfortable with the ball. Brilliant movement as well, needs to work on a few things, but it was a good performance overall. pic.twitter.com/WNEMwpe51a
— Fabiola Çejku (@fabiola_cejku) June 5, 2021
Menurut Wales Online, Levit telah mendapat rating 6/10 dari segi persembahannya.’Dia bekerja keras di bahagian tengah dan dia sukar mendapat rentak pada separuh masa pertama. Namun segalanya berubah pada separuh masa kedua.’