Peminat United rindukan wajah Ruud van Nistelrooy

0

Wajah bekas penyerang berbisa United pada suatu ketika dahulu dapat dilihat di bangku simpanan ketika perlawanan kumpulan C untuk kempen Euro 2020.

Ruud van Nistelrooy merupakan sebahagian daripada pegawai kejurulatihan bagi Fran de Boer untuk pasukan Belanda.

Apabila melihat wajahnya pada ketika itu ramai yang gembira dengan kehadirannya terutama ketika Belanda menang dalam perlawanan tersebut dengan jaringan 3-2.

Van Nistelrooy merupakan idola para peminat United pada era 2000 dan dia merupakan penjaring golterbaik yang United ada pada ketika itu.

Pemain antarabangsa Belanda itu telah menjaringkan 150 gol dalam 5 musim dan itu merupakan sesuatu yang sangat menarik dia lakukan.

Penyerang berbisa ini kemudian telah bersara pada tahun 2012 selepas bermain untuk pasukan Real Amdrid, Hamburd dan Malaga dan kini dia menjadi sebahagian daripada pegawai kejurulatihan pasukan Belanda.

Ia merupakan kali kedua bagi Ruud bersama dengan pegawai kejurulatihan Belanda di mana dia pernah bekerjasama dengan Guus Hiddink pada tahun 2014.

Pasukan Belanda pada edisi kali ini kekurangan kualiti pada barisan hadapan dengan kehadiran Ruud, ia mungkin dapat membantu bahagian serangan mereka pada ketika ini dengan nasihat dan tunjuk ajarnya.

Ruud kini berusia 44 tahun dan dia pasti akan menjadi pengurus bagi mana-mana pasukan pada masa akan datang. Dengan pengalaman yang dia perolehi pada ketika ini tidak mustahil perkara itu meungkin berlaku.

- Advertisement -