Peminat teruja dengan video terbaru United di Twitter

0

Pasukan Manchester United mempunyai harapan yang tinggi kepada pemain muda mereka Mason Greenwood pada musim ini.

Pemain muda ini telah kembali menjalani latihan pra-musim sejak 2 minggu lepas dan kelihatan begitu berkeyakinan.

Greenwood dilihat berlatih bersungguh-sungguh selepas mendapat rehat yang cukup pada musim panas baru ini.

Pada ketika ini, Greenwood merupakan penyerang tunggal United ada bagi persediaan pra-musim selepas Anthony Martial masih belum kelihatan manakala Edinson Cavani dan Marcus Rashford masih bercuti selepas bermain utk kejohanan besar baru-baru ini.

Dengan keadaan tersebut, Greenwood mendapat peluang untuk menjalani latihan secara lebih personal bersama Ole Gunnar Solskjaer.

United telah muat naik video pendek Solskjaer berjalan sambil memegang bahu Greenwood ketika di sesi latihan.

Video tersebut telah membuatkan peminat teruja dengan nasihat dan tunjuk ajar yang dapat diberikan kepada Greenwood.

Perkara sedemikian telah memberikan impak postitif kepada pengurusan dan karakteristik seorang pengurus.

Luke Shaw adalah salah seorang pemain yang sentiasa memuji cara ‘stye of coaching’ di tampilkan Solskjaer.

Solskjaer sentiasa mempertahankan para pemainnya walaupun pemainnya itu dilihat tidak mempamerkan prestasi yang baik pada sesuatu perlawanan atau sesuatu peristiwa yang berlaku diluar padang.

Selepas musim 20/21, Greenwood pasti mendapat peluang berguna dengan perhatian yang akan diberikan oleh Solskjaer.

Dia telah menjaringkan 12 gol dan 5 ‘assists’ pada musim lepas walaupun bermula dengan agak perlahan pada awal musim. Namun prestasi di akhir-akhir musim berjaya mendiamkan kritikan pedas yang telah dilemparkan kepada pemain muda ini.

Dia telah menjaringkan 29 gol dalam 2 musim dan pada musim baru ini dengan kehadiran Jadon Sancho pasti akan membantu dia menambah koleksi jaringan gol kerana dia pasti akan bermain di posisi penyerang tengah

- Advertisement -