Peminat MU ‘Retweet’ Mesej Haaland

0

Pemain yang bakal menjadi bintang baru Manchester United, Jadon Sancho tidak mendapat tempat lagi di tangan pengurus England, Gareth Southgate.

Perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir menentang Jerman, menyaksikan Southgate tidak terfikir langsung menggunakan Sancho yang menjadi bualan para peminat England yang mempunyai pengalaman luas tentang bola sepak di Jerman.

Akhirnya, England berjaya juga menewaskan Jerman 2-0 di Stadium Wembley, London malam tadi. Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan dilihat bermain secara berhati-hati dan kurang melakukan serangan berbahaya ke kubu lawan.

Para penonton yang berada di stadium mahupun luar begitu kurang senang dengan persembahan kedua-dua pasukan kerana corak permainan mereka yang berhati-hati. Pada minit ke-69, barulah Southgate membuat pertukaran dengan memasukkan Jack Grealish dan mengeluarkan pemain muda Arsenal, Bukayo Saka.

Pada rehat separuh masa pertama, pemain bintang Borrusia Dortmund, Erling Haaland telah memberikan tweet di laman Twitternya, apabila mahukan Sancho dimasukkan sebagai pemain gantian.

Haaland yang menjadi penjaring terbanyak di Dortmund begitu mengenali permainan Jadon Sancho. Dia banyak menerima hantaran yang baik dari Sancho untuk mendapatkan gol.

Gareth Southgate dicemuh peminat England di media sosial kerana berkeras tidak mahu memasukkan Sancho ketika England gagal mencipta jaringan. Akhirnya, segala yang dirancang Soutgate, membuahkan hasil apabila Raheem Sterling dan Harry Kane berjaya menghasilkan gol kemenangan England.

Dari sudut pandangan peminat United, perkara tersebut tidaklah terlalu teruk. Hal ini menunjukkan Sancho boleh berada dalam keadaan cergas ketika bermulanya musim baru akan datang.

Media Sport 1 mendedahkan Sancho ‘semakin hampir’ ke Old Trafford selepas Manchester United sedang dalam perbincangan gaji dan bonusnya untuk kontrak 5 tahun.

Para penyokong United yang membalas ‘tweet’ Haaland malam tadi, mahukan Haaland mengikut Sancho ke Old Trafford selepas klausa perpindahannya diaktifkan pada Jun 2022.

Manchester United memerlukan penyerang baru selepas kontrak Edinson Cavani tamat pada Jun 2022. Haaland dilihat penyerang yang ideal untuk berada di Old Trafford. Dengan umur yang masih muda dan prestasi terbaik di Dortmund, Haaland menjadi buruan banyak kelab Eropah yang mahukan khidmatnya di kelab masing-masing.

- Advertisement -