Peminat Leeds tidak akan terima semula Kalvin Phillips sekiranya ke United

0

Bekas pemain Leeds United, Danny Mills telah mengeluarkan amaran kepada pemain tengah yang menjadi perhatian umum ketika ini, Kalvin Phillips. Dia tidak akan diterima semula ke Leeds United sekiranya menerima lamaran dari Manchester United kelak.

Kalvin Phillips adalah pemain tonggak penting dalam pasukan Marcelo Bielsa selepas pengurus berkenaan menyertai Leeds United pada tahun 2018. Cara Phillips memberikan arahan kepada pemain lain telah menarik minat Gareth Southgate untuk membolehkan dia kini merupakan watak utama pasukan England di bahagian tengah. Pemain berusia 25 tahun pilihan utama di bahagian tengah bersama Declan Rice. Selepas itu, dia menjadi pilihan pemain terbaik England selepas Euro 2020.

Phillips dikaitkan dengan beberapa kelab terbaik di England termasuklah United. United Masih mencari seorang pemain tengah bertahan yang sesuai dengan kehendak Ole Gunnar Solskjaer. Antara pemain lain yang dikaitkan dengan posisi tersebut ialah Declan Rice.

Menurut Mills lagi, Phillips yang dilahir dan dibesarkan di Leeds serta datang dari akademi Leeds United tidak akan dapat ‘pulang’ dengan aman sekiranya menyertai musuh tradisi mereka, Manchester United. Mills juga berkata tawaran yang hebat dari United adalah satu tawaran yang sukar ditolak. Sebelum ini, United pernah membeli pemain terbaik dari Leeds iaitu Rio Ferdinand dan Alan Smith pada tahun 2003 dan 2004. Kedua-dua pemain ini menyinar selepas menyertai United dan kurang mendapat sambutan sekiranya pulang ke kampung halaman di Leeds.

Mills berkata lagi, “Dia (Phillips) merupakan pemain yang bagus seperti mana yang kita tahu, dia memang hebat. Persembahannya bersama skuad England yang luar biasa telah meletakkannya di satu tahap yang lebih tinggi. Memang akan ada permintaan dari kelab lain untuknya.”

Harga Declan Rice yang terlalu mahal iaitu sekitar 90 juta Pound telah menyebabkan United beralih arah kepada Kalvin Phillips yang lebih berbaloi untuk dimilikii. Ole Gunnar Solskjaer juga dikatakan meminati corak permainan yang dipamerkan Phillips.

- Advertisement -