Peminat Hull City gembira dengan persembahan Di’Shon Bernard

0

Di’Shon Bernard telah berjaya membuat penampilan keduanya pada musim ini bersama pasukan Hull City. Dia telah dipinjamkan untuk tempoh 1 musim. Namun penampilan pertamanya ketika perlawanan menentang Fulham merupakan ujian yang sangat mencabar buat dirinya selepas Hull City tewas 0-2.

Namun pada perlawanan minggu ini, ketika menentang Bournemouth dia sekali lagi berjaya berada dalam kesebelasan utama pasukan. Jelas kekalahan lepas tidak mempengaruhinya. Dia telah bermain sepanjang 90 minit permainan. Hull City terikat dengan kedudukan 0-0 sehingga tamat perlawanan. Persembahan barisan pertahanan mendapat pujian dalam perlawanan tersebut. Dia mendapat undian ke-2 tertinggi di belakang Tom Huddlestone dengan bagi pemain terbaik perlawanan.

Berikut adalah statistik bagi Bernard

Bernard berjaya menyesuaikan corak permainan pasukan Hull City selepas 2 perlawanan. Ini merupakan penampilan pertamanya di tempat sendiri Hull City. Dia telah melakukan dengan baik untuk membuktikan dia layak bermain dalam kesebelasan utama pasukan Hull City untuk perlawanan seterusnya. Jika dia berjaya mengekalkan prestasi semasa ini serta memperbaiki kelemahan dia pasti akan terus menjadi pilihan utama pengurus pasukan.

Peminat-peminat Hull City ingin melihat Bernard yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya dan meneruskan prestasi seperti perlawanan hari ini. Dia pasti akan menjadi bualan bagi peminat-peminat Hull City pada musim ini. Di antara reaksi peminat-peminat Hull City

- Advertisement -