Peminat England gembira dengan persembahan Luke Shaw

0

Persembahan Luke Shaw ketika England menentang Czech Republic seharusnya tidak mengejutkan bagi peminat United kerana Luke Shaw sentiasa memberikan persembahan yang terbaik ketika bersama United.

Shaw berada dalam kesebelasan utama England ketika menentang Czech Republic. Dia kerap turun dan naik di sebelah kiri padang. Dia bermain seperti telah membuat 30 penampilan dalam kejohanan besar seperti ini dalam kariernya namun ia merupakan penampilan ke-3 nya.

Penampilan pertamanya ketika tahun 2014 di mana England menentang Costa Rica sebelum dia kembali berada dalam pasukan England ketika menentang Scotland baru-baru ini. Penampilan perlawanan awal pagi tadi adalah yang terbaik buat dirinya.

Shaw telah bermain dengan begitu yakin dan berdisiplin ketika bergandingan dengan Jack Grealish di bahagian kiri England.

Pada separuh masa pertama, Shaw telah mencipta 2 ‘chances’ lebih daripada rakan sepasukannya pada 45 minit pertama.

Persembahan Shaw sangat memukau namun perlbagai persoalan timbul mengenai keputusan Gareth Sauthgate telah meletakkan Kieran Trippier pada perlawanan pertama England dan perkara itu sangat mengejutkan peminat-peminat England.

Shaw telah menamatkan perlawanan dengan mencipta 2 ‘chances’ 7 ‘recoveries ball’ dan 86 peratus ketepatan hantaran. Dia juga telah melakukan 2 ‘cleareances’ dan 2 memenangi 1 bola diudarai serta 2 ‘interceptions’.

England akan berhadapan dengan tugas getir pada peringkat seterusnya. Shaw dijangka akan mengekalkan posisi pertahanan kiri untuk perlawanan tersebut.

- Advertisement -