Peminat berkumpul nyatakan sokongan kepada Rashford

0

Terdapat banyak sokongan yang diberikan kepada Marcus Rashford sejak 48 jam yang lepas.

Peminat terus berkumpul di dinding Withington untuk memberikan penghormatan dan semangat kepada penyerang Manchester United dan England itu.

Mural yang dilukis gambar Rashford itu telah diconteng oleh segelintir peminat yang tidak berpuas hati dengan Rashford selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika England tewas kepada Itali dalam penentuan sepakan penalti.

Selepas pada kejadian itu, peminat telah menutup mural yang diconteng itu disamping menampal nota kata-kata semangat dan sokongan kepada Rashford.

Perkara ini semakin viral dan telah membolehkan pelukis karya mural tersebut hadir untuk memperbaiki mural Rashford tersebut. Pihak media dan kru kemera juga hadir untuk menyaksikan detik yang boleh dikatakan menyentuh perasan pelabagai pihak.

Perkara yang luar biasa ini telah mendapat reaksi Rashford yang telah memberikan ucapan terima kasih terhadap sokongan peminat-peminat diluar sana.

Peminat-peminat Rashford telah hadir berkumpul tidak kira tua atau muda. Mereka memberikan sokongan kepada Rashford dan mengakui Rashford adalah wira dalam kerjaya bola sepak dan di luar padang. Kegagalan sepakan penalti tersebut tidak akan mengubah semua itu.

Pemain England seperti Rashford, Sancho dan Saka telah menerima cercaan perkauman yang begitu teruk di media sosial. Namun Rashford bukanlah seorang pemain bola sepak semata-mata, kerana dia telah mendapat anugerah MBE di atas kerja-kerja kebajikan yang telah dilakukannya pada usia 23 tahun.

Dia telah menjadi inpirasi kepada kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh negara.

- Advertisement -