Buletin Manchester United

Terlepas-Pemburuan-Upamecano-berakhir

Pemburuan Upamecano berakhir

Liverpool dan Manchester United gagal mendapatkan permain pertahanan tengah RB Leipzig, Dayot Upamecano yang telah melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich dengan jumlah perpindahan bernilai $51 juta. Upamecano yang berusia 22 tahun itu telah mempamerkan aksi terbaiknya pada musim lepas dan musim ini sekalis gus menarik minat kelab-kelab besar untuk mendapatkan khidmatnya itu.

Khabar angin sebelum ini ada menyatakan kelab-kelab besar terutama dari liga inggeris seperti United, Liverpool dan Chelsea bersedia untuk mendapatkan pemain pertahanan Perancis ini tetapi segalanya telah berakhir. Bayern Munich telah menandatangani Upamecano dengan kontrak 5 tahun selepas Bayern akan melepaskan 2 pemain pertahanan tengah mereka David Alaba dan Jerome Boateng pada akhir musim ini.

Ejen kepada Upamecano, Volker Struth tidak menafikan ada beberapa kelab dari Liga Perdana Inggeris ada menyatakan hasrat untuk mendapatkan Upamecano, tetapi Bayern Munich juga tidak terkecuali. ‘Pengarah Bola Sepak Bayern Munich, Hasan Salihamidzic begitu bersungguh-sungguh ingin membawa Upamecano  ke Bayern Munich. Dia telah mengadakan perbincangan yang serius dengan hasrat untuk membawa Upamecano  menjadi sebahagian keluarga Bayer Munich.’

‘Pada mulanya, Upamecano masih belum membuat sebarang keputusan tetapi kecederungannya untuk meninggalkan kelab RB Leipzig itu ada tetapi pada akhir musim ini.’ kata Volker.

Segalanya berakhir selepas Bayern telah berjaya melengkapkan perpindahan tersebut dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Liverpool dan United terpaksa menggigit jari selepas pengumuman tersebut. Upamecano akan kekal bermain di liga Bundes pada musim hadapan.

‘Selepas mendapatkan kejuaraan di kejohanan Piala Kelab-Kelab Dunia baru-baru ini, Saya gembira kerana kami berjaya mendapatkan Upamecano  untuk musim hadapan. Perbincangan berjalan lancar selama berbulan-bulan. Segalanya berlaku dengan tersusun dan profesional. Ejen Upamecano sangat membantu kami memudahkan urusan perpindahan ini walaupun kami tahu kami akan menghadapi saingan. Upamecano akan bersama kami untuk 5 tahun seterusnya.’ kata Hasan Salihamidzc.

‘Kami akan memastikan dia akan berjaya di Bayern, dia masih muda kerana berusia 22 tahun. Kualiti permainan yang dia pamerkan sangat bagus. Kami yakin dia sesuai dengan pasukan kami.’