Pembelian terbaru Manchester United dinilai bukan sasaran utama Solskjaer

Manchester United dinilai tidak berjaya mendapatkan sebilangan pemain yang menjadi sasaran oleh pengurus mereka Ole Gunnar Solskjaer pada jandela perpindahan kali ini.

Pada hari terakhir jendela perpindahan yang lalu, Manchester United telah mendapatkan 4 pemain baru iaitu Alex Telles,Edinson Cavani,bintang muda Uruguay, Facundo Pellistri dan pemain muda berbakat milik Atalanta Amad Diallo Traoré.

Keempat-empat pemain ini melengkapkan rekrut penuh Manchester United selepas mendapatkan pemain tengah Belanda Donny van de Beek.

Namun, dipercayai bahawa pemain yang direkrut oleh Manchester United hanyalah sasaran alternatif kepada ‘plan’ sebenar Solskjaer.

ESPN mengatakan bahawa Solskjaer sebenarnya menyasarkan empat pemain, iaitu Jadon Sancho, Jack Grealish, Nathan Ake, dan Dayot Upamecano.

Sancho dipercayai menjadi sasaran utama Solskjaer. Malangnya, usaha United gagal membuahkan hasil kerana Borussia Dortmund berkeras untuk mengekalkan pemain itu dengan meletakan harga yang tidak masuk akal.

Sementara itu, perburuan United untuk Upamecano dan Grealish juga gagal kerana kedua-dua pemain lebih suka memberikan komitmen kepada kelab masing-masing.

Sumber: ESPN

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Perdana Inggeris

Keputusan Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah
PSG lawan Manchester United

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd