Berita Terkini

Pemain United harus pulang 2 minggu awal sebelum latihan pra-musim bermula

Pemain-United-harus-pulang-2-minggu-awal-sebelum-latihan-pra-musim-bermula

Erik ten Hag dilaporkan telah mengeluarkan arahan kepada para pemain United untuk pulang 2 minggu lebih awal sebelum latihan pra-musim bermula.

Pengurus baru United ini akan mengambil alih pengurusan United pada hujung musim ini.

Dia mahu para pemainnya berada dalam kecergasan terbaik untuk mengadaptasikan corak permainan yang dia ingin pamerkan untuk pasukan United pada musim hadapan.

Tarikh sebenar kepulangan para pemain adalah pada 4 Julai, namun telah diawalkan kepada 20 June untuk memastikan mereka bersedia dengan kempen saingan Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Dikhabarkan, pengurs Ajax itu telah menyaksikan beberapa perlawanan melibatkan pasukan United dan dia tidak berpuas hati dengan tahap kecergasan para pemain United.

Pengurus antarabangsa Belanda itu menjangkakan faktor utama kemerosotan persembahan pasukan United pada ketika ini adalah disebabkan tahap kecergasan mereka yang tidak berada di tahap terbaik. Dia berharap dapat memperbetulkan keadaan tersebut.

Pengurus yang berusia 52 tahun itu, merupakan seorang pengurus yang sentiasa mempamerkan corak permainan moden di mana, pemain sentiasa akan melakukan ‘pressing’ untuk tempoh 90 minit permainan. Oleh sebab itu, setiap pemain harus mempunyai tenaga yang ketahanan mental yang kuat untuk mencapai kecergasan yang terbaik.

Lain-Lain Artikel