Pemain United Hantar Mesej Kepada Dan James

0

Para pemain Manchester United menunjukkan keprihatinan mereka terhadap bekas pemain United, Daniel James yang baru sahaja berpindah ke Leeds United pada hari terakhir perpindahan.

James dijual ke Leeds United dengan harga 25 juta Pound selepas 2 tahun berkhidmat di Old Trafford. Pemain antarabangsa Wales ini adalah pemain pertama yang dibeli Ole Gunnar Solskjaer dari Swansea City.

Kata-kata Martial kepada James

Antara sebab dia dijual adalah disebabkan kesukaran pemain ini mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama selepas ramai pemain berada di posisi yang sama dalam skuad United.

James merupakan antara pemain yang popular dikalangan pemain United. Bruno Fernandes adalah pemain pertama yang mengucapkan selamat berjaya kepada James. Seterusnya Anthony Martial memberikan ucapan semoga berjaya dan terima kasih atas khidmatnya di United.

Kata-kata Bruno kepada James

Pemain pertahanan kanan, Diogo Dalot pula memberikan kata-kata perangsang kepada James selepas dia meninggalkan United. Dia menyatakan yang James mempunyai masa depan yang cerah. Selain itu, Juan Mata, David de Gea dan Scott McTominay turut mengucapkan penghargaan dan selamat berjaya kepada pemain Wales ini.

James memulakan 2 dari 3 perlawanan musim ini termasuklah kemenangan 5-1 ke atas Leeds United. Akan tetapi, kebolehannya dilihat agak terbatas kerana United mempunyai banyak pilihan lain dalam posisi yang sama. Ketika perlawanan menentang Southampton, James tidak digunakan sama sekali. Dia hanya memanaskan bangku simpanan sahaja. Semasa perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers, dia berada dalam kesebelasan utama tetapi ditukarkan dengan Edinson Cavani pada minit ke-53.

Sangat sukar untuk para pemain mengekalkan prestasi yang baik sekiranya tidak mendapat minit permainan yang banyak. Melepaskan James ke Leeds United merupakan jalan yang terbaik untuknya menjadikan kariernya lebih berjaya di masa akan datang. Di Leeds United, dia dijangka dapat bermain secara regular di bawah pengurusan Marcelo Bielsa yang telah meminati cara permainan James sejak 3 tahun lepas.

- Advertisement -