Pemain terpantas United, anda rasa siapa?

0

Marcus Rashford merupakan pemain terpantas bagi united pada musim 20/21

Menurut data yang diperolehi daripada website Man Utd, Rasford berada di kedudukan teratas daripada 5 senarai pemain lain.

Larian terpantas Rasford direkodkan ketika United bertemu Chelsea yang berkesudahan dengan jaringan 0-0.

Dia telah melakukan larian sepantas 22.5batu/jam bersamaan 36.26km/jam jauh lebih pantas daripada pemain-pemain lain.

Rasford juga berjaya melakukan larian yang pantas dalam perlawanan menentang Leeds di tempat sendiri dan tempat lawan serta menentang Chelsea ditempat sendiri.

3 daripada perlawanan tersebut berkesudahan dengan seri tanpa jaringan. Ia menunjukkan usaha lebih yang dilakukan oleh Rashford untuk melakukan sesuatu perubahan kepada pasukan. 1 lagi perlawanan menyaksikan United menang besar dengan jaringan 6-2.

Pemain lain yang berjaya berada di kedudukan 5 teratas adalah Mason Greenwood.

Greenwood melakukan larian sepantas 21.7 batu/jam sedikit kurang daripada bacaan Rashford. Ia berlaku ketika United tewas mengejut ke atas Arsenal di Old Trafford.

Pada musim lepas, ada 3 orang pemain yang berjaya membuat larian lebih pantas dari Rashord. Mereka adalah Mason Greenwood, Wan Bissaka dan Fred.

Wan Bissaka telah mencatatkan larian terpantas dalam 5 perlawanan berturut-turut. Tetapi pada musim ini berkemungkinan faktor kepenatan menganggunya.

Anthony Elanga juga ada mencatatkan larian yang pantas pada penampilannya bersama United.

Eric Bailly, Luke Shaw dan Brendan Williams juga pernah mencatatkan larian yang pantas dalam perlawanan-perlawanan tertentu.

Walaupun Rashford berada dalam kecederaan ‘ankle’ dia masih berjaya mencatatkan larian yang pantas selepas terlepas dari beberapa sesi latihan sebelum perlawanan.

Rashford kini bersama pasukan England pada Euro 2020. Rashford pasti memerlukan rehat yang lama selepas kejohanan tersebut. Dia telah bermain sebanyak lebih 70 dalam masa setahun.

- Advertisement -