Pemain-pemain United sentiasa di belakang Lingard. Kalah bersama dan menang bersama !!!

0

Jesse Lingard telah buat penampilan pertama United sejak 2019 lalu ketika United menentang Young Boys baru-baru ini. Ia merupakan malapetaka buat penampilannya selepas dia menghantar bole ke belakang yang membolehkan pemain tuan rumah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 95. Lingard telah muat naik mesej di IG nya dengan luahan rasa kecewa dan mahu bangkit semula.

Para pemain United sentiasa memberikan sokongan kepada pemain tengah United ini di media sosialnya. Pemain bintang United, Paul Pogba telah mengetuai tnada sokongan kepada pemain kebangsaan England itu begitu juga dengan Aaron Wan-Bissaka dan juga Bruno Fernandes.

Pogba berkata,’Kayu ukur kejayaan seseorang adalah melihat pada berapa banyak anda bangkit kembali dari kegagalan. Anda kuat bro.’ Bruno pula berkata,’Kita kalah bersama, menang bersama.’ Tidak ketinggalan De Gea dan Dalot juga memberikan sokongan kepada Lingard. Begitu juga beberapa pemain muda yang lain seperti Tatih Chong, Mellor, Mensah, Angel Gomes memberikan imoji ‘love’ sebagai tanda sokongan.

Lingard adalah seorang pemain yang dikenali dikalangan para pemain United dan rakan-rakannya ini sentiasa memberikan sokongan kepada kariernya. Gembira melihat semangat kesukanan yang dipamerkan oleh satu pasukan untuk memberikan semangat semula kepada pemain tersebut di atas kekecewaan yang berlaku di atas kesilapan yang dilakukan.

- Advertisement -