Pemain-Pemain muda United sedang dipancing untuk pinjaman

0

Permintaan pinjaman pemian-pemain muda United sudah mendapat sambutan yang tidak diduga.

Tetapi Solskjaer masih lagi merasakan terlalu awal untuk melepaskan pemain-pemain muda ini disebabkan persediaan awal bagi pra-musim pada musim hadapan akan sedikit terganggu disebabkan ramai pemain utama terlibat di kejohanan Euro 2020 dan Copa Amerika.

Pengurus Bahagian Akademik United, Les Parry memberitahu,”Ada seorang pemain ini mendapat tawaran secara pinjaman hampir daripada 20 buah kelab.”

Dia menambah,”Kami memang mempunyai pemain-pemain muda untuk dipinjamkan akan tetapi, pengurus pasukan United masih belum buat apa-apa keputusan mengenai perkara tersebut. Ada dikalangan mereka akan di bawa ke kem pra-musim pada musim hadapan.”

“Ia merupakan waktu yang sangat sibuk untuk kami. Hampir setiap kelab sedang membuat persediaan awal untuk pra-musim. Kami menerima tawaran hampir 60 buah kelab yang menghubungi kami dan perkara itu dijangka akan berterusan sehingga hujung bulan Julai.”

Pada musim lepas, permintaan tawaran pinjaman pemain United ada membuahkan hasil. Kami ada menulis perkara tersebut pada artikel sebelum ini.

Siapakah pemain yang dapat permintaan yang tinggi?

Pemain muda yang mendapat perhatian pada waktu ini adalah James Garner. Dia telah mempamerkan aksi yang bagus ketika dipinjamkan ke Nottingham Forest pada separuh musim 20/21.

Ejen Garner memberitahu akhbar Sretty News pada bulan April lepas pasukan seperti Rangers, Brighton dan Norwich ada menyatakan minat untuk melakukan tawaran secara pinjaman.

Pemain muda England ini mempunyai kualiti untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris. United dijangka akan memberi ruang kepada Garner untuk mempamerkan sesuatu pada kempen pra-musim ini. Dijangka selepas pada pra-musim baru ada keputusan akan dibuat untuk pemain tersebut.

Calon seterusnya adalah Anthony Elanga. Pemain ini dijangka akan memberi impak yang bagus pada masa depannya dengan kualiti yang dia ada. Hannibal juga ada mendapat tawaran daripada beberapa kelab. Penyertaannya di peringkat antarabangsa bersama pasukan Tunisia telah membuka mata beberapa pemerhati di luar sana.

Seterusnya, Teden Mengi, Ethan Laird dan Ethan Galbraith merupakan calon-calon yang dijangka akan mendapat peluang untuk dipinjamkan walaupun mereka kurang mendapat tawaran pada waktu ini.

Sementara itu, pemain muda yang bersama pasukan senior United ketika ini, Brandon Williams dan Axel Tuanzebe juga dijangka akan menerima tawaran secara pinjaman dari beberapa buah kelab dalam Liga Perdana Inggeris. Tetapi sekiranya United tidak mendapat pertahanan baru pada musim hadapan, kemungkinan kedua-dua pemain ini akan terus kekal bersama pasukan United.

Bagi Facundo Pellistri, ada beberapa kelab telah membuat pertanyaan dan begitu juga dengan Amad Diallo.

Dengan kerancakkan permintaan secara pinjaman pemain-pemain muda ini, pihak pengurusan dijangka akan meneliti perkara-perkara tersebut bagi memastikan pemain-pemain muda ini bernar-benar bersedia. Selain itu, mereka mahu pemain muda ini mendapat minit permainan yang lebih untuk memastikan perkembangan prestasi pemain tersebut.

Solskjaer dijangka menghadapi keputusan getir dalam membuat pemilihan untuk pemain-pemain muda United ini. Mereka mempunyai kualiti yang bagus dan masa depan yang cerah.

Mereka semua ini dijangka akan mendapat peluang semasa kempen pra-musim ini untuk membuktikan kemampuan mereka kepada pengurus.

- Advertisement -