Pemain-pemain muda kekal positif

0

Man United telah mengalami kekalahan pada perlawanan persahabatan menentang QPR 2-4 malam tadi.

Mengi mengambil kesempatan sampaikan mesej di laman sosialnya dengan mengharapkan peminat memberi ruang kepada dirinya yang kini berada dalam proses pembelajaran.

Mengi telah bermain bergandingan dengan Axel Tuanzebe di beri tugas di barisan pertahanan tengah United.

Beberapa kesilapan dan kelekaan dihukum dengan jaringan mudah daripada pasukan lawan.

Keputusan melepaskan 4 gol ini sangat berat untuk ditanggung oleh kedua-dua pemain pertahanan muda United ini.

Ketiadaan Lindelof dan Maguire serta Bailly amat dirindui peminat. Namun ini semua adalah proses pembelajaran dan ambil pengalaman daripada perlawanan tersebut.

Keyakinan dan ketegasan bersuara di bahagian pertahanan amat diperlukan di bahagian bawah untuk memastikan kawasan pertahanan sentiasa bersedia dan kekal fokus.

Rakan-rakan Mengi seperti Di’Shon Bernand dan Hannibal telah memberikan respon yang positif di laman sosial mereka dengan mesej,

‘Keputusan yang bukan kami inginkan tetapi kami akan teruskan perjuangan.’

‘Walaupun keputusan kurang baik, peluang untuk kami bermain adalah berharga.’

Perlawanan ini telah memberikan pengalaman berharga kepada pemain-pemain muda. Mereka dilihat tidak berputus asa dan begitu bersemangat untuk bermain dengan jersi berwarna merah ini.

- Advertisement -