Pemain Muda Sepanyol Menolak Tawaran ke United

0

Nama besar kelab Manchester United biasanya membuat seseorang pemain bola sepak profesional berfikir dua kali untuk menyertai kelab yang terkenal dengan jolokan nama The Red Devils. Namun, perkara itu tidak berlaku bagi seorang pemain pertahanan muda Sepanyol, Pau Torres.

Torres adalah sasaran utama pemain pertahanan untuk pasaran perpindahan musim panas nanti. The Red Devils tidak sabar untuk merekrut Torres dari Villarreal untuk memantapkan lagi barisan pertahanan sedia ada mereka.

Pemain berusia 24 tahun itu dianggap layak untuk bergandingan dengan kapten United Harry Maguire. Secara kebetulan Torres merupakan seorang pemain kaki kidal dan boleh bermain disebelah kiri pertahanan tengah United.

Klausa perpindahan Torres dilaporkan mencecah £ 50 juta. United tidak keberatan untuk mendapatkannya walaupun ia merupakan kali pertama mereka mahu berunding dengan Villarreal. Namun, usaha United untuk merekrut Torres dilaporkan menemui jalan yang buntu. Torres masih ragu-ragu untuk menerima tawaran untuk menyertai United. Torres belum cukup bersedia untuk pindah ke luar negara.

Keraguan Torres mengenai perpindahan ke Liga Perdana Inggeris telah membuka jalan kepada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid untuk mendapatkan pemain tersebut. Real Madrid juga mahukan Torres sebagai pengganti Sergio Ramos. Real Madrid ingin menjadikan Torres sebagai sasaran utama meraka pada perpindahan musim ini. Presiden kelab Florentino Perez sangat berminat dengan cara permainan Torres di Villareal.

- Advertisement -