Peluang yang dicipta oleh Ruben Neves sama dengan pemain tengah yang United miliki

0

Manchester United telah mencipta banyak peluang ketika menentang Southampton dan sepatutnya memenangi perlawanan tersebut dengan mudah. Namun United hanya mampu mengutip 1 mata sahaja selepas hanya mampu seri 1-1. Walau bagaimanapun, masih ada ruang untuk United memperbaiki kelemahan yang mereka terutamanya di bahagian pemain tengah ‘defensive midfielder’.

Nemanja Matic dilihat kurang berfungsi dengan baik pada perlawanan tersebut, Peminat-peminat meragui dengan kemampuan Matic. Masanya untuk bersama United mungkin sudah sampai ke penghujungnya. Dia tidak seharusnya diturukan dalam perlawanan yang berintensiti tinggi seperti ini.

United masih lagi berpeluang untuk membawa masuk pemain baru sebelum jendela perpindahan ditutup. Calon yang harus dipertimbangkan adalah pemain Wolves iaitu Ruben Neves yang akan berhadapan dengan United pada perlawanan selepas ini.

Statistik yang dipamerkan Ruben Neves dalam membuat hantaran.

Neves merupakan seorang pemain yang mempunyai pakej yang lengkap ketika dia bermain bersama pasukan Wolves, walaupun mereka tewas 0-1 kepada Spurs. Neves bermain dengan cemerlang selepas mencipta 5 peluang gol kepada rakan sepasukan dan merupakan yang tertinggi di dalam padang. Jumlah tersebut adalah sama nilai dengan kombinasi Fred, Pogba, Bruno Fernandes dan Matic ketika perlawanan menentang Southampton.

Di antara aksi Neves dalam membuat ‘tackle’ dan membuat hantaran jauh kepada rakan sepasukan.

Pemain tengah Portugal ini merupakan pemain tengah seperti yang United miliki pada sebelum ini iaitu Michael Carrick. Neves telah melakukan 93 sentuhan bola. Jumlah tersebut adalah yang tertinggi dalam perlawanan Wolves menentang Spurs dan juga di antara para pemain United menentang Southampton. Neves telah melakukan 6 ‘tackles’ manakala Matic hanya melakukan 1 ‘tackle’

Pengurus pasukan Wolves, Bruno Lage ada memberitahu sidang media di mana Neves berkemungkinan akan dijual jika mereka menerima tawaran yang sesuai bagi pemain tersebut. United boleh menunggu sehingga perlawanan menentang Wolves nanti sebagai penilaian terakhir. Selepas itu baki 2 hari akan menjadi penentu sama ada United akan membuat tawaran atau tidak.

- Advertisement -