Berita Terkini

Peluang Van De Beek Untuk Kembali Beraksi

Peluang-Van-De-Beek-Untuk-Kembali-Beraksi

Ketiadaan Bruno Fernandes pada perlawanan menentang Burnley akibat penggantungan akan memberi peluang kepada Donny van de Beek untuk beraksi dan melakukan yang terbaik bagi merebut kesebelasan utama.

Memandangkan dia kekurangan minit permainan, Van de Beek berazam untuk mengambil kesempatan tersebut, dan peluang untuk bermain dalam peranan sebagai ‘playmaker’ itu akan sesuai dengan corak pemain Belanda itu.

Van de Beek sebelum ini selalu diabaikan oleh Ole Gunnar Solskjaer dan tidak banyak juga yang berubah apabila di bawah kendalian Ralf Rangnick.

Ketika kekalahan kepada West Ham dalam aksi Piala Carabao dan seri ke atas Young Boys, dia telah ditempatkan di posisi bertahan dalam perlawanan tersebut.

Sudah tiba masanya untuk United menempatkan Van de Beek semula dalam peranan menyerang di mana dia boleh menunjukkan kualiti terbaiknya dan membantu bahagian serangan untuk menjaringkan gol.

Anda tidak akan mengetahuinya daripada persembahannya walaupun dia kekurangan peluang di United. Akan tetapi, Van de Beek adalah seorang pemain yang berbahaya apabila berada di dalam kotak penalti lawan.

Dalam tiga musim terakhirnya di Ajax, Van de Beek telah menjaringkan 40 gol yang mengagumkan dan 25 bantuan gol. WhoScored.com menyatakan bahawa Van de Beek telah mencatatkan lebih banyak sentuhan di dalam kotak penalti pada 2019/20 untuk Ajax berbanding mana-mana pemain tengah yang lain, dan juga dia menduduki tempat dalam 10 teratas untuk penguasaan bola yang dimenangi.

Hal ini sepatutnya menjadikan dia merupakan seorang pemain yang ideal dengan corak permainan dan taktikal yang diterapkan oleh Rangnick di United. Van de Beek juga boleh mencipta ruang kepada Cristiano Ronaldo untuk menjaringkan gol.

Bermain sebagai dua pemain tengah serangan dalam formasi 4-2-2-2 juga akan membantu Van de Beek, dan bukannya sebagai pemain tengah serangan tunggal seperti sebelum ini kerana hal ini akan memberi tekanan terhadapnya untuk mencipta peluang.

Sebaliknya, tugas kreatif di bahagian tengah tersebut akan dibahagikan, dan Van de Beek boleh menggunakannya dan lebih fokus untuk masuk ke dalam kotak penalti untuk menyertai dan menyumbang bola kepada bahagian serangan.

Cara Fernandes memberikan bola dalam perlawanan baru-baru ini amat mengecewakan untuk ditonton. Dengan adanya Van de Beek, kita berharap dia dapat memberikan United lebih banyak kawalan di posisi tersebut. Jika dia melakukan persembahan yang baik, berkemungkinan dia boleh mengekalkan tempatnya di dalam kesebelasan utama.

Sumber dari Dan Coombs Wartawan Sukan United In Focus

Lain-Lain Artikel