Peluang untuk pelajari sesuatu dari Ronaldo Dan Cavani

0

12 bulan yang lepas kita telah menyaksikan Manchester United kekurangan kualiti dalam aspek serangan kerana terlalu mengharapkan penyerang-penyerang muda. Kini segalanya sudah berubah.

Marcus Rashford, Anthony Martial dan Mason Greenwood boleh menjaringkan gol bertaraf dunia tetapi untuk menjaringkan gol dengan cara yang berbeza dan konsisten adalah sukar bagi mereka bertiga. Penambahan pemain penyerang senior seperti Edinson Cavani dan Cristiano Ronaldo telah menambah sengat di bahagian serangan United. Kedua-dua penyerang ini mempunyai kualiti penyudah yang klinikal sejak dari dulu lagi.

Solskjaer yang ditemu bual media selepas kemenangan 4-1 minggu lepas menyatakan kedua-dua penyerang senior, Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani begitu terkenal dengan menghidu peluang yang akan muncul disamping cepat membuat keputusan dalam melakukan pergerakan ke arah bola berkenaan.

‘Mereka telah berada dalam banyak situasi dan berpengalaman sebagai seorang penyerang di hadapan gol. Naluri mereka pasti ada memberitahu yang mereka perlu ada di sini. Bola tersebut akan ‘rebound’ semula, barisan pertahanan lawan pasti hanya melihat situasi berkenaan lalu mereka boleh mengambil peluang uintuk menjaringkan gol yang cantik.”

Belajar dari Ronaldo Dan Cavani

Pergerakan dan ‘deria keenam’ Ronaldo dan Cavani untuk mengetahui di mana bola berada pasti akan membantu United menghasilkan banyak gol pada musim ini. Kemenangan ke atas Newcastle telah dimulai dengan Ronaldo yang mempunyai naluri ‘pembunuh’ untuk mendapatkan 2 gol. Pada musim lepas ketika menentang Southampton, Cavani yang datang dari bangku simpanan telah berjaya bertindak cemerlang dalam perlawanan tersebut.

Berlatih dengan Ronaldo dan Cavani akan memberikan peluang kepada pemain penyerang muda United belajar mengesan cara penghasilan gol dari pelbagai sudut. Tanpa kehadiran Ronaldo dan Cavani, barisan hadapan United lebih mudah dibaca oleh pihak lawan dan dengan kehadiran 2 pemain senior ini, pasti memberikan kesukaran kepada pihak lawan. Di samping pihak lawan tidak akan memberikan sedikit ruang untuk mereka berdua berlegar-legar di kawasan kotak penalti kerana sedikit kesilapan dan kealphaan pasti akan membuatkan gol dihasilkan.

- Advertisement -