Peluang United untuk mendapatkan bintang muda Everton terbuka luas

0

FD9469C2-B784-4349-AA87-4C34BA2E8E61

Peluang Manchester United untuk mendapatkan wonderkid Everton Thierry Small ,17, terbuka luas selepas kelabnya itu dilaporkan tidak akan menghalang pemain itu untuk berhijrah ke mana-mana kelab. 

Small merupakan salah satu pemain muda yang paling banyak diturunkan ketika ini di pertandingan peringkat usianya.

Meskipun begitu United harus bersaing dengan Arsenal, Real Madrid dan Bayern Munich yang juga berminat dengan Small.Jumlah kelab besar yang berminat membuat Everton menyerah.

Football Insider mendedahkan bahawa Everton tidak keberatan untuk membenarkan Small berpindah.Buat masa ini Everton juga telah melakukan perbincangan dengan beberapa kelab yang berminat dengan khidmatnya.

Buat masa Manchester United merupakan kelab yang paling berminat dan berada di depan.The Red Devils juga berharap Small dapat mengulangi kejayaan Wayne Rooney yang juga dibeli dari Everton.

Seperti yang diketahui,United mempunyai kejayaan yang besar ketika merekrut Rooney.Rooney direkrut oleh The Red Devils ketika berusia 18 tahun. Rooney terus menjadi salah satu pemain terbaik dalam sejarah Manchester United.

Perjalanan karier Small hampir sama dengan Rooney. Small telah membuat penampilan sulung dalam pasukan senior Everton ketika berusia 16 tahun. Small menjadi pemain termuda yang mendapat tempat dalam skuad senior Everton musim lalu.

Everton telah menurunkan Small pada perlawanan Piala Fa bulan januari 2021.Dimana ketika itu Everton telah berjaya menewaskan Sheffield Wednesday dengan kemenangan 3-0 dan Small ketika itu bermain sebagai bek kiri.

- Advertisement -