Peluang Mempromosikan Perniagaan Anda Bersama BMU

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia Buletin Manchester United.

Gembira nampaknya semua harini dan kita semua memang layak menerima kegembiraan ini bersama-sama di atas kemenangan pasukan kesayangan kita Manchester United 5-1 malam tadi.

Untuk pengetahuan ahli dan juga pembaca BMU semalam kami para admin dan editor telah selesai melakukan mesyuarat secara maya melalui aplikasi Google Meet untuk penambahbaikan Laman BMU kami. Terdapat beberapa isu yang telah kami bincangkan dan capai kata sepakat. Diantaranya adalah untuk penambahbaikan mutu dan kualiti page BMU, keahlian rasmi BMU, penyiaran di dalam Kumpulan Facebook BMU serta kebenaran atau larangan tertentu.
bmu logo
Bersempena situasi keadaan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang tiada kesudahannya di negara kita, dimana peniaga-peniaga kecil yang tidak dibenarkan berniaga secara fizikal amatlah terkesan ke atas pendapatan mereka. Dan mereka hanya bergantung kepada medium atas talian untuk terus kekal menjana pendapatan demi kelangsungan hidup.

Ramai juga di antara kalangan pembaca dan ahli BMU juga mencuba untuk mempromosikan perniagaan mereka di Kumpulan Facebook Rasmi kami iaitu BMU Malaysia (klik untuk menyertai Kumpulan BMU Malaysia) tetapi kami sememangnya tidak dapat meluluskan “post” anda di Kumpulan BMU Malaysia ini kerana ia memang melanggar syarat yang telah lama pihak BMU tetapkan untuk Kumpulan BMU Malaysia ini.

bmu logo

Berita Baik.

Di sini pihak admin dan editor telah mengambil maklum dan amat memahami situasi peniaga-peniaga ini, dan salah satu manfaat yang kami bincangkan ialah mewujudkan satu platform untuk para PENIAGA BERNIAGA di dalam Kumpulan BMU Malaysia ini. Kami cuba membantu yang termampu kepda para-para PENIAGA yang jujur dan ikhlas di dalam situasi pandemik ini untuk terus bersemangat dan tidak putus asa.

Pada setiap hari JUMAAT sehingga AHAD, kami akan keluarkan satu “posting” khusus untuk pengiklanan perniagaan anda. Semua peniaga-peniaga kecil tidak kira apa jenis perniagaan sama ada perniagaan jersi, perniagaan sukan atau apa jua dibenarkan untuk meninggalkan iklan / promosi produk masing-masing anda di ruangan komen posting kami . Kami berharap medium ini dapat mempromosikan perniagaan anda serba sedikit walaupun tidak banyak yang kami dapat bantu selain itu. Kami akan memulakan medium dan platform ini bermula minggu hadapan pada Hari Jumaat (20 August 2021).

Diingatkan di sini , pihak Buletin Manchester United / BMU Malaysia tidak akan bertanggungjawab dengan apa juga masalah atau penipuan di dalam hal URUSNIAGA antara peniaga dan pembeli selepas itu. Jika terdapat aduan ke atas sebarang tingkahlaku dan tindakan “spammer” atau “scammer”, kami akan memberi HUKUMAN dengan keras. Kami harap para PENIAGA menggunakan platfom ini secara jujur dan sebaiknya.

#BMU9 #BMUprihatin

STAY SAFE. GLORY GLORY BULETIN MANCHESTER UNITED.

- Advertisement -