Peluang Dean Henderson untuk beraksi pada pra-musim ini

0

Penjaga gol United Dean Henderson boleh fokus untuk persediaan musim hadapan selepas dia disingkirkan dalam pasukan England selepas mengalami kecederaan.

Walau bagaimanapun, pemain 24 tahun ini boleh memandang positif dengan perkara yang telah berlaku.

Henderson boleh fokus untuk berada dalam proses pemulihan bagi persediaan perlawanan pra musim bagi musim baru nanti.

Pada sebelum ini, dia mendapat peluang untuk bermain sebagai penjaga gol no 1 pada awal 2021 sehingga kesilapan yang dilakukannya ketika perlawanan menentang Liverpool. Ia sekaligus membolehkan David De Gea kembali merampas posisi tersebut.

Dia telah bermain untuk 2 perlawanan terakhir bagi United termasuk perlawanan akhir Piala Europa. De Gea pasti akan menjadi pilihan utama pasukan United untuk musim hadapan.

Kepada para pemain yang tidak terlibat dengan Euro 2020, pasti mereka akan berusaha untuk kembali fokus untuk persediaan pra musim.

De Gea hanya menjadi pilihan kedua untuk pasukan Sepanyol, Henderson telah kembali ke United untuk proses pemulihan.

Perlawanan pra musim pasti akan menempatkan ruang kepada penjaga gol ini untuk mendapatkan kepercayaan daripada pengurus.

Pengurus pasti lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mengekalkan kedua-dua penjaga gol berkualiti yang United ada sekarang.

- Advertisement -