Peluang Angel Gomes bermain di Liga Juara-Juara Eropah

0

Buat pertama kalinya Angel Gomes dilihat telah turun latihan bersama kelab barunya Lille sejak keluar dari United.

Pada musim lepas, Gomes telah menolak tawaran kontrak sambungan di United untuk berhijrah ke Lille. Namun, Gomes telah dipinjamkan ke Boavista untuk satu musim.

Kini, Gomes sedang berlatih bersama pasukan Juara Liga Perancis musim 2021/2022. Ia sesuatu yang mengejutkan dan dia pasti gembira kerana berada dalam sebahagian pasukan untuk musim baru ini.

Perjalanan baru karier Gomes akan bermula pada musim baru ini. Lille akan beraksi dapal kejohanan Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Juara Liga Perancis ini merupakan sebuah pasukan yang mempunyai pemain-pemain muda yang berpotensi. Pada musim baru ini, Lille telah melepaskan penjaga gol Mike Maignan ke AC Milan dan Boubakary Soumare ke Leicester City.

Kini mereka kemungkinan berisiko kehilangan pemain seperti Sven Botman dan Renato Sanches. Mereka berdua ini dikatakan kini menjadi buruan kelab-kelab besar disebabkan kualiti dan potensi yang mereka ada sangat bagus.

Disebabkan perkara itu, Gomes kini mendapat peluang untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan bagi persediaan musim baru mereka.

Gomes telah menjaringkan 6 gol dan 3 ‘assist’ sepanjang satu musim dia berada di Boavista. Boavista telah menduduki tempat ke-13 di Liga Portugal. Dia telah membuat 29 penampilan dalam kesebelasan utama pasukan Boavista. Ia sesuatu yang sangat proaktif bagi perkembangan pemain muda tersebut.

Dia pasti berharap dapat mempamerkan sesuatu kepada kelabnya Lille daripada dia dipinjamkan. Peluang bermain di Liga Juara-Juara Eropah harus dimiliki oleh setiap pemain kerana di situlah tempat untuk mereka menyinar dan menarik minat kelab-kelab besar untuk mencungkil bakat-bakat pemain muda.

- Advertisement -