Persembahan dan reaksinya ketika menentang Argentina menunjukkan mengapa Facundo Pellistri layak mendapatkan lebih banyak peluang bermain untuk pasukan utama Manchester United.
Bekas pemain sayap Penarol ini adalah pemain tetap di bawah pengurus pasukan Uruguay Marcelo Bielsa, dan dia menunjukkan kehebatannya semalam. Dia berjaya menyelesaikan empat dribble, lebih banyak daripada pemain lain di padang.
Akhbar Uruguay, El Observador memberikan penilaian 9/10 kepada persembahannya, dan yang tertinggi dibandingkan dengan pemain lain.
Laporan mereka mencatat: “Pellistri memainkan permainan yang hebat kerana peranannya bukan sekadar kerja di bahagian serangan dan menjadi sebahagian penting dalam struktur pertahanan, kerana apabila Uruguay kehilangan bola, beliau segera memberikan tekanan pada bola tersebut lagi.
“Pellistri terlibat dalam semua permainan berisiko ke arah penjaga gol Emiliano Martinez.”
ESPN South America memberitahu dalam laporan mereka tentang perlawanan itu, dengan tajuk mereka : “Araujo dan Pellistri menjadi watak utama Uruguay untuk bermain tanpa rasa takut ketika menentang Argentina.”
Pellistri memberikan kenyataan selepas perlawanan : “Faktor utama terletak di kawasan-kawasan berikut, bersatu, fokus, dan apabila bola daripada pihak lawak berjaya dimenangai, kami harus pantas melakukan serangan balas.”
Pellistri menulis di Instagram: “Salah satu malam yang akan menjadi kenangan dalam kariernya.”