Pellistri menyatakan hasrat untuk kembali dipinjamkan bersama Alaves

0

Menurut media Sepanyol Pemain muda Manchester United Facundo Pellistri dikatakan telah memaklumkan kepada pihak pengurusan kelab bahawa dirinya ingin kembali dipinjamkan di Deportivo Alaves.

Alaves juga dilaporkan secara rasmi telah menghubungi Red Devils untuk mengetahui peluang mereka kembali meminjam Pellistri kerana mereka kini terpaksa bersaing dengan beberapa kelab lain yang juga mahukan khidmat Pellistri.

Alaves kini ingin United memuktamadkan kesepakatan untuk Pellistri, tetapi kerana skuad pra-musim United yang terhad, Ole Gunnar Solskjaer ingin mengekalkan Pellistri, sebelum membuat keputusan untuk meminjamkannya.

Persekitaran yang biasa mungkin menjadi faktor buat Pellistri pertimbangan di mana dia mahu bermain musim depan, tetapi dia juga mesti mempertimbangkan faktor lain, termasuk gaya permainan kelab.

Dengan Alaves kini sering berada di posisi underdog telah membuatkan United ingin pemain itu pergi ke kelab yang mempunyai gaya permainan menyerang, untuk mempersiapkan pemain itu sebelum  menjadi pemain utama United.

- Advertisement -