Facundo Pellistri akan berkelana di kelab luar negara sekali lagi menjelang musim 21/22 ini.
Menurut laporan Eurosport, pemain berusia 19 tahun ini dijangka akan ke Sepanyol untuk 1 musim bagi memberikan peluang bermain dan meningkatkan perkembangan kariernya.
Facundo Pellistri telah di pinjamkan ke Alaves pada separuh musim 20/21. Mereka telah menamatkan saingan La Liga di kedudukan ke-16. United bercadang untuk menghantarnya ke kelab lebih baik daripada kelab sebelum ini.
Facundo Pellistri telah mempamerkan aksi yang bagus pada 2 perlawanan persahabatan baru-baru ini. Dia telah menjaringkan 1 gol dan mencipta 1 ‘assist’ untuk jaringan Jesse Lingard.
Facundo Pellistri in pre-season so far:
⚽️ vs. Derby County
🅰️ vs. QPRAn excellent start to life as a red. 🤝 pic.twitter.com/b1bAsaLmjS
— Statman Dave (@StatmanDave) July 24, 2021
Namun pada sebelum ini, dia ada memberitahu yang dia mahu kekal berada di United dan bersaing kedudukan dalam kesebelasan utama United.
‘Saya telah dipinjamkan ke Alaves, saya rasa sangat baik. Saya sentiasa mencuba dan bekerja keras dalam permainan saya. Saya berminat untuk kekal di United pada musim ini. Saya yakin saya akan memperbaiki dan senitasa berusha meningkatkan prestasi semasa saya.’
𝑇𝑟𝑎𝑖𝑛𝑖𝑛𝑔 𝑐𝑎𝑚𝑝 🔛 @ManUtd ❤️ pic.twitter.com/hN3gLUDyTZ
— Facu Pellistri (@FPellistri07) July 22, 2021
Namun Solskjaer mendakwa dia sedia menerima tawaran pinjaman bagi Facundo Pellistri. Mereka akan memastikan dan menilai kelab yang bagus serta sesuai bagi perkembangan kariernya itu.
Keputusan Solskajer untuk menerima tawaran pinjaman bagi Facundo Pellistri adalah bagus untuknya. Dia mempunyai potensi yang cerah pada masa depan. Namun pada ketika ini, kekerapan bermain akan menjadi faktor utama perkembangan karier seseorang pemain muda.
🚨🌕| Facundo Pellistri wants to go back to Alaves, Alaves want him too. If Manchester United let him leave on loan, Alaves would be the first option. @FabrizioRomano #MUFC pic.twitter.com/bPZSdQFdAd
— UtdPlug 👹 (@UtdPlug) July 27, 2021
Jika dia dipinjamkan, peluang minit permainan bagi dirinya akan lebih baik jika dibandingkan dengan peluangnya itu di United. United dalam usaha untuk mencari kelab yang bermain di kejohanan eropah. Peluang bermain di kejohanan eropah ini baik untuk pemain muda membiasakan tempo dan corak permainan disamping memberikan pengalaman berharga kepada karier mereka sebelum bermain untuk pasukan utama United.
United tidak mahu Facundo Pellistri berada dalam keadaan zon selesa jika berada di United. Ia pasti akan membantutkan perkembangan kariernya yang dianggap mempunyai potensi yang bagus pada masa depan.