Pelbagai reaksi peminat mengenai persembahan Diogo Dalot

0

Awal pagi tadi, 2 pemain dari United telah tersingkir dari kejohanan Euro 2020 selepas pasukan Portugal tewas kepada Belgium.

Jika pagi tadi kami berkongsi mengenai kisah Bruno Fernandes, kali ini mari kita lihat prestasi Diogo Dalot.

Selepas membuat penampilan pertama sebagai pemain gantian dalam peringkat kumpulan dalam perlawanan terakhir kumpulan, Dalot tersenarai bagi kesebelasan utama sekaligus meletakkan Nelson Semedo di bangku simpanan.

Ia merupakan medan terbaik buat Dalot untuk mempamerkan pengalamannya ketika bermain di Seria A.

Pada mulanya, Dalot dilihat sedikit ragu-ragu untuk membuat larian ‘overlap’ untuk membantu bahagian serangan sebelah kanan. Kemungkinan dia risau akan kawasan pertahanan di sebelah kanan Portugal akan menjadi punca serangan balas pihak lawan.

Pada separuh masa kedua, apabila Portugal ketinggalan 0-1, dia telah memulakan larian-larian ke hadapan untuk membolehkan rakan sepasukan membawa masuk bola ke dalam kotak penalti. Selain itu, dia juga memenangi bola di udara dan membuat hantaran ke dalam kotak penalti Belgium.

Ada suatu ketika Dalot ada memenangi ‘tackle’ di kawasan ‘final third’ Belgium dan dia berjaya memberikan bola itu kepada Bruno Fernandes namun bola hantaran Bruno sedikit tersasar.

Pada sebelum ini, kelibat Dalot dilihat tidak cukup bagus bagi Ole Gunnar Solskjaer. Prestasinya hanya pada tahap biasa. Tiada kelebihan yang membolehkan dia menjadi pemain no 1 bagi pertahanan kanan United.

Perkara ini menjadi lebih rumit apabila, wujud khabar angin di mana United berminat untuk membawa Kieran Trippier ke United dan melepaskan khidmat Dalot.

Namun selepas dapat membuat penampilan bersama Portugal ketika berusia 22 tahun, dia harus diberi peluang kedua untuk membuktikan pengalaman yang dia telah pelajari. United harus membuat keputusan pada musim hadapan sama ada Dalot masih lagi berada di dalam perancangan dalam pasukan United ataupun tidak.

Yang terbaru dikatakan, Real Madrid berminat dengan Dalot untuk memantapkan bahagian pertahanan mereka. Carlo Ancelotti merupakan pengurus baru Real Madird kini dalam fasa pembentukan pasukan semula bagi Real Madrid.

Reaksi peminat mengenai prestasi Dalot

- Advertisement -