Pebualan Sir Alex Ferguson dengan Khabib mengenai CR7

0

Sir Alex Ferguson telah menegur Ole Gunnar Solskjaer mengenai keadaan CR7 yang diletakkan sebagai pemain gantian semasa United seri 1-1 menentang Everton baru-baru ini. Perbualan ini berlaku di antara Sir Alex Ferguson dengan lagenda UFC Khabib Nurmagomedov.

Agak mengejutkan selepas CR7 dimasukkan sebagai pemain gantian pada perlawanan tersebut pada minit ke 57. Pengurus yang berasal dari Norway itu dikritik hebat selepas tidak meletakkan CR7 sebagai pemain dalam kesebelasan utama pasukan United yang menjaringkan 5 gol dalam 6 perlawanan sejak kepulangannya ke United. Lagenda bekas pengurus United itu telah menemplak keputusan taktikal Solskjaer.

Di dalam 1 video yang dimuat naik Khabib dalam Instagramnya, Sir Alex Ferguson telah bercakap dengan dia di Old Trafford selepas tamat perlawanan dan topik yang mereka bualkan oleh kedua-dua mereka itu adalah,’Apabila pasukan Everton melihat CR7 tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan, ia sedikit ..’

Khabib telah membalas, ‘Dia masuk pada separuh masa kedua ..’ namun Sir Alex Ferguson tidak bersetuju dengan perkara itu. Pengurus lagenda United itu telah berkata lagi, ‘Seharusnya anda perlu meletakkan pemain terbaik anda dalam kesebelasan utama pasukan.’

Selepas tamat perlawanan, CR7 telah meluru keluar ke terowong bilik persalinan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicatatkan oleh pasukan United itu.

Ole Gunnar Solskjaer tetap menegakkan keputusannya meletakkan Martial dan Cavani dalam kesebelasan utama pasukannya. ‘Anthony Martial telah menjaringkan gol yang cantik dan bermain dengan baik, Edison Cavani memerlukan minit permainan dan dia perolehi hampir sejam permainan. Saya harus menguruskan keadaan ini. Kami masih lagi mempunyai musim yang panjang untuk dihadapi. Keputusan yang saya lakukan itu adalah betul.’

- Advertisement -