Berita Terkini

Paul Scholes menilai skuad United semakin menarik untuk di tonton..

75CC1AEF-BE06-4EC2-AF94-3BAEB22F83CF

Legenda Man United Paul Scholes memberikan pujian terhadap pasukan United yang dibimbing Erik Ten Hag. Dia merasakan anak buah Ten Hag kini mula menunjukkan petanda positif dengan corak permainan menarik

United mencatatkan kemenangan ketiganya sebelum ini berdepan Wolves. Ia adalah perlawanan ketiga selepas musim dimulakan semula selepas berehat piala dunia..

Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan setelah masuk dari bangku simpanan. Ketika itu Rashford mempunyai masalah disiplin kerana terlewat tiba ke mesyuarat pasukan. Oleh itu dia diletakkan dibangku simpanan sebagai hukuman.

Namun dia membuktikan tidak dipengaruhi dengan tekanan dan meneruskan persemabahan terbaiknya musim ini bersama kendalian Ten Hag

Paul Scholes merasakan United kini mula bermain menarik sekali lagi

“Saya rasa Manchester United mula kelihatan seperti pasukan yang menarik sekali lagi. Pasukan terbaik mempunyai penyerang terbaik, mereka tidak mempunyai penyerang terbaik pada masa ini, mereka mempunyai penyerang yang sangat bagus tetapi saya masih melihat bangku simpanan, tiada seorang pun pemain boleh mengubah permainan”

“Sudah tentu, mereka bermain lebih baik sekarang untuk ditonton. Casemiro dan Eriksen telah membuat perubahan besar, ada sedikit kualiti sebenar dengan Fernandes di hadapan mereka.”

“Barisan belakang masih boleh mendapat kedudukan yang sama. lebih baik. Kita akan lihat dalam beberapa minggu menentang City, bolehkah anda melihat Luke Shaw bermain sebagai bek tengah sekali lagi? Saya tidak pasti, tetapi saya fikir keadaan kelihatan menjanjikan. Mereka berada di tangga ke-4 dalam liga dan semoga mereka’ akan dapat memperoleh tempat Liga Juara-Juara pada akhir musim ini.”

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar