Paul Pogba telah pamerkan aksi bertaraf dunia

0

Paul Pogba telah kembali kepada prestasi terbaiknya ketika Perancis mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Portugal. Kedua-dua pasukan ini layak ke pusingan 16 bersama-sama dengan pasukan Jerman.

Pada perlawanan malam tadi, Pogba merupakan pemain yang paling menyerlah. Dia sangat selesa bermain pada perlawanan tersebut.

Pogba telah mencipta hantaran cantik dari kawasan tengah untuk Benzema membuat larian dan menjaringkan gol kedua Perancis.

Pada awal permainan, Kylian Mbappe juga ada mempunyai peluang seperti tersebut, namun diselamatkan oleh Rui Patricio.

Seperti perlawanan menentang Jerman, Pogba adalah penggerak utama Perancis di bahagian tengah. Dia telah melakukan 104 sentuhan dan yang tertinggi dalam kesemua pemain dalam perlawanan tersebut.

Pogba juga telah mencipta 3 peluang untuk rakan sepasukan dan berkongsi bersama pemain Portugal Bernardo Silva.

Yang paling menakjubkan adalah Pogba telah melakukan 97 peratus hantaran yang tepat dan ia merupakan stat yang paling terbaik dalam kesemua pemain tengah pada Euro 2020 ini.

Dia telah menggabungkan sama ada hantaran dekat, jauh serta ‘backheel’ kepada rakan sepasukan.

Perancis kini masih belum tewas apabila Pogba dan Kante bermain bersama dalam 1 pasukan. Rekod tersebut telah mencapai kepada angka 25 perlawanan.

Rangkuman aksi-aksi Pogba yang begitu memukau.

Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo lagenda pemain United juga telah menyamai rekod pemain terbanyak dalam menjaringkan gol untuk peringkat kebangasaan. Dia kini berkongsi 109 gol dengan Ali Daei dari Iran.

Ronaldo kini merupakan penjaring terbanyak dalam saingan liga kali ini dengan 5 gol.

- Advertisement -