Paul Pogba seharusnya menjaringkan gol

0

Roy Keane berkata, Paul Pogba seharusnya menjaringkan gol ketika United mempunyai peluang pada lewat permainan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. Para pemain United dilihat gagal memanfaatkan peluang untuk mendapatkan 3 mata di Anfield.

‘Saya merasakan mereka pasti kecewa dengan 2 peluang terbaik yang mereka perolehi pada babak kedua perlawanan. Ramai mengatakan penjaga gol Alisson telah menyelamatkan bola tersebut, tetapi jika anda melihat ulang tayang, Pogba seharusnya melakukan dengan lebih baik lagi. Sangat rugi bagi United jika tidak mereka pasti dapat memecahkan rekod tanpa kalah Liverpool di Anfield dan memperolehi 3 mata berharga. Anda boleh lihat reaksi Pogba bagaimana, sentuhan pertamanya sangat bagus. Dia perlu menjaringkan gol berkenaan. Sepakannya terus ke arah penjaga gol. Sayang sekali.’

Pogba telah melepaskan peluang terbaik untuk United selepas tendangannya terus ke arah penjaga gol Alisson. Liverpool telah memanjangkan lagi rekod tanpa kalah mereka di tempat sendiri dengan 68 perlawanan tetapi Liverpool kini 3 perlawanan tanpa sebarang gol. Keane juga berkata, Rashford dan Bruno Fernandes gagal memberikan persembahan terbaik mereka kerana gagal memberikan impak positif kepada pasukan. Mereka kelihatan buntu untuk mencari ruang dan peluang untuk menghasilkan gol.

Solskjaer dalam masa sama memuji persembahan yang dipamerkan oleh Pogba selepas Pogba diarahkan bermain disebelah kanan. United selepas ini akan berpeluang untuk menewaskan Liverpool pada minggu hadapan selepas kedua-dua pasukan ini akan bertemu kembali untuk saingan Piala FA di Old Trafford.

Sumber dari TheSun Football

- Advertisement -